Siapa saja tak tertarik bila nampak ada pasangan dukung anak kembar. Lagi-lagi kalau dapat sepasang, comel sangat! Mesti ibu pernah terdetik dalam hati, agaknya macam mana mereka boleh dapat rezeki macam tu.
Sebenarnya, peluang untuk ibu hamil anak kembar bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukan sekadar bergantung pada faktor genetik semata-mata, malah keadaan tubuh ibu, waktu subur, dan posisi yang sesuai pun turut memainkan peranan penting.
Bukan itu saja, pemakanan harian dan petua waktu bersama suami juga ada pengaruhnya. Malah, ramai ibu yang mula cuba amalkan petua popular yang pernah dikongsi oleh doktor dan pasangan lain yang sudah berjaya dapat anak kembar walaupun mereka tiada genetik.
Apa Itu Kelahiran Kembar
Kelahiran kembar berlaku apabila seorang ibu melahirkan dua anak daripada kehamilan yang sama. Pasangan kembar ini boleh mempunyai jantina yang sama atau berbeza.
Dari sudut biologi, kembar ialah dua bayi yang berkembang dalam rahim yang sama dan lahir berturut-turut. Disebabkan saiz rahim yang terhad:
- Purata tempoh kehamilan kembar hanya bertahan sekitar 37 minggu (dikategori sebagai lahir pramatang).
- Ibu jarang mengandung sehingga cukup bulan (40 minggu).
- Pemantauan dan penjagaan rapi amat diperlukan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi terjamin.
Cara Buat Anak Kembar
Salah satu perkara paling penting dalam cara buat anak kembar ialah masa hubungan seks. Ia berkait rapat dengan waktu subur (ovulasi).
Ketika ovulasi, ovari wanita melepaskan satu atau dua telur. Bila dua telur disenyawakan oleh dua sperma, maka terjadilah bayi kembar tidak seiras.

Bila Masa Terbaik Untuk Bersama?
- Hari ke-12 hingga ke-16 dalam kitaran haid (untuk kitaran 28 hari).
- Bersama setiap hari atau selang sehari dalam tempoh ini untuk pastikan sperma sentiasa aktif.
- Gunakan alat pengesan ovulasi (ovulation test kit) supaya tahu waktu subur tepat.
Posisi Seks Untuk Ikhtiar Anak Kembar
Walaupun tiada bukti saintifik mutlak, ramai pakar percaya posisi seks tertentu boleh bantu meningkatkan peluang cara buat anak kembar kerana sperma lebih mudah sampai ke telur yang dilepaskan.
1. Posisi Missionary (Suami di atas)
Posisi klasik tapi berkesan. Ia bantu sperma sampai ke serviks dengan cepat dan dalam. Posisi ini sesuai untuk pasangan yang ingin ikhtiar anak kembar lelaki dan perempuan kerana kedalaman penetrasi bantu sperma X dan Y sampai bersama.
2. Posisi Doggy Style
Posisi ini bantu ejakulasi lebih dekat dengan rahim. Bila ovulasi aktif, peluang dua telur disenyawakan lebih tinggi. Ia juga sering dikaitkan dengan cara buat anak kembar perempuan, kerana sperma X lebih lambat tapi tahan lama, memberi peluang untuk dua persenyawaan serentak.
3. Posisi Woman on Top
Selain beri kawalan kepada isteri, posisi ini juga bantu wanita relaks. Bila hormon tenang dan rahim terbuka, ovulasi lebih mudah berlaku. Ia salah satu elemen penting dalam petua dapat anak kembar walaupun tiada genetik.
4. Posisi Sponning (Berbaring sisi)
Sesuai untuk hubungan lembut dan lebih lama. Ia bantu sperma kekal lama dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan, pasangan yang lebih santai semasa hubungan mempunyai kadar kehamilan lebih tinggi.
Tips selepas bersama, cuba baring 10 hingga 15 minit dengan bantal kecil di bawah punggung. Ia bantu sperma kekal lama dan berenang lebih mudah ke arah telur.
Kekerapan Hubungan Seks Untuk Hamil Kembar
Kekerapan bersama juga memainkan peranan besar dalam cara buat anak kembar. Hubungan seks yang kerap semasa waktu subur bukan sahaja tingkatkan peluang kehamilan, tapi juga ovulasi yang aktif. Bila hormon kesuburan stabil, dua telur boleh dilepaskan sekali gus.
Berapa Kali Kekerapan Hubungan Seks
- Setiap hari atau selang sehari dalam tempoh subur.
- Elakkan menahan terlalu lama kerana sperma yang lama boleh kurang aktif.
- Jangan pula terlalu kerap hingga badan lesu sebab keletihan boleh ganggu hormon kesuburan.
Hubungan seks yang menyeronokkan dan penuh kasih sayang akan bantu tubuh wanita hasilkan lebih banyak hormon oxytocin dan luteinizing hormone (LH) iaitu dua hormon penting dalam proses ovulasi.
Jadi, jangan jadikan seks sekadar “projek kembar”. Nikmatilah setiap momen bersama dengan cinta dan ketenangan.

Faktor Seksual & Fizikal
Bukan sekadar posisi dan masa, tapi keadaan fizikal dan hormon wanita juga memainkan peranan penting dalam cara buat anak kembar.
1. Berat Badan & Keseimbangan Hormon
Wanita dengan berat badan ideal (BMI antara 25 hingga 30) cenderung melepaskan dua telur kerana hormon estrogen lebih aktif. Tapi jangan sampai obes, sebab berat berlebihan boleh ganggu kesuburan.
2. Ketenangan & Emosi
Ketenangan semasa hubungan sangat penting. Bila tubuh relaks, hormon kesuburan berfungsi dengan optimum.
Tekanan dan stres pula boleh mengganggu ovulasi. Buat hubungan intim dalam suasana tenang, wangi, dan romantik, bukan terburu-buru. Suasana yang harmoni juga bantu sperma kekal aktif.
3. Kualiti Sperma Suami
Sperma sihat boleh bertahan hingga 3 hari dalam rahim.
Untuk peluang terbaik:
- Elakkan rokok dan alkohol.
- Ambil makanan kaya zink seperti tiram, kekacang, dan daging merah.
- Rehat cukup dan jangan stres.
Sperma yang aktif dan sihat bantu persenyawaan lebih mudah, terutamanya bila dua telur dilepaskan.
Tips Dapat Anak Kembar Sheikh Muzaffar
Menerusi perkongsian Dr. Sheikh Muszaphar, beliau berkongsi beberapa fakta menarik mengenai kehamilan kembar melalui pengalamannya membesarkan Adam dan Noah.
Menurut beliau, Adam dan Noah merupakan kembar DCDA (tak seiras) yang mempunyai plasenta dan membran berasingan. Berbeza dengan kembar seiras yang mempunyai 99.9% DNA sama dan jantina serupa, mereka tetap memiliki cap jari serta kesan gigi yang berbeza.
Beliau turut menyatakan kembar perempuan lebih biasa berlaku, dan anak kembar mula bonding rapat seawal usia kandungan 14 minggu sebab itulah mereka ada hubungan istimewa.
Dari segi peluang, gen ibu dikatakan mengawal kebarangkalian mendapat kembar berbanding bapa. Malah, wanita yang lebih berusia ada peluang yang lebih tinggi. Anda dan pasangan juga disaran mengamalkan pemakanan seperti keladi, ubi kayu, dan produk tenusu seperti susu serta keju kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang boleh meningkatkan peluang untuk dapat anak kembar.
Makanan Untuk Dapat Anak Kembar
Selain hubungan seks, pemakanan untuk dapat anak kembar sangat penting. Makanan tertentu membantu tubuh wanita merangsang hormon ovulasi berganda.

Berikut tips pemakanan untuk dapat anak kembar:
1. Produk Tenusu
Wanita yang minum susu dan makan keju setiap hari dilaporkan 5 kali lebih cenderung untuk dapat anak kembar. Protein dan kalsium dalam susu bantu kekuatan sistem reproduktif.
2. Ubi & Keledek
Antara makanan paling popular dalam pemakanan untuk dapat anak kembar. Kandungan phytoestrogen dalam ubi bantu rangsang pelepasan dua telur. Malah, masyarakat Yoruba di Afrika yang makan banyak ubi mempunyai kadar kembar tertinggi di dunia.
3. Daging, Telur & Kacang
Makanan tinggi protein dan zat besi bantu tubuh hasilkan sel telur sihat. Bila dua telur matang dalam satu masa, peluang cara buat anak kembar lelaki dan perempuan jadi lebih tinggi.
4. Sayur Hijau & Buah Kaya Folik
Folat penting untuk kesuburan. Wanita yang ambil asid folik 400–800 mcg sehari didapati lebih mudah hamil. Malah, ada yang berjaya dengan petua dapat anak kembar walaupun tiada genetik melalui diet sihat seperti ini.
Faktor Tubuh & Kesuburan
Tubuh wanita memainkan peranan besar dalam cara buat anak kembar. Hormon, berat badan, dan umur boleh mempengaruhi penghasilan dua telur dalam satu kitaran.
1. Umur & Hormon
Wanita berumur 30 hingga 40 tahun lebih cenderung melepaskan dua telur kerana peningkatan hormon FSH (Follicle-Stimulating Hormone).
Tapi jangan risau dengan gaya hidup sihat dan tips dapat anak kembar Sheikh Muzaffar, peluang tetap ada walaupun anda muda.
2. Berat Badan Ideal
Wanita dengan BMI sederhana (25-30) lebih tinggi hormon estrogen, membantu ovulasi berganda. Tapi elakkan obesiti kerana ia boleh ganggu keseimbangan hormon.
3. Suplemen Asid Folik
Selain cegah kecacatan janin, asid folik bantu penghasilan telur yang sihat dan kuat. Ia juga salah satu amalan utama dalam cara buat anak kembar perempuan kerana membantu kestabilan hormon wanita.
4. Rehat Cukup & Kurangkan Stres
Tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam. Hormon kesuburan seperti estrogen dan progesteron dikeluarkan ketika tidur.
Adakah Boleh Pilih Jantina Kembar?
Ramai juga tertanya, bolehkah rancang cara buat anak kembar lelaki dan perempuan?
Secara semula jadi, jantina ditentukan oleh sperma suami iaitu sperma X untuk perempuan, Y untuk lelaki. Tapi ada faktor yang boleh bantu tingkatkan peluang.
Cara Buat Anak Kembar Lelaki
- Bersama lebih dekat dengan hari ovulasi kerana sperma Y lebih cepat tapi kurang tahan lama.
- Posisi untuk dapat anak lelaki yang lebih dalam seperti doggy style bantu sperma Y sampai lebih cepat.
Cara Buat Anak Kembar Perempuan
- Bersama 2 hingga 3 hari sebelum ovulasi kerana sperma X lebih lambat tapi tahan lama.
- Posisi klasik seperti missionary lebih sesuai untuk cara buat anak kembar perempuan kerana kedalaman sederhana.
Pengalaman Mengandung Kembar Tanpa Genetik
Seorang ibu @srhdmelveen menceritakan pengalamannya dikurniakan anak kembar tanpa ada genetik dalam keluarga.
Saya sebenarnya orang pertama dalam keluarga yang dikurniakan anak kembar, memang langsung tak disangka.Dulu, fokus utama saya cuma nak pastikan badan sihat sebelum mengandung tanpa ada tips khusus.
Tapi, antara ikhtiar yang saya dan suami amalkan adalah rajin makan ubi-ubian seperti ubi kayu dan ubi manis oren atau ungu untuk membantu kesuburan dan rangsang penghasilan telur. Selain itu, sebab malas nak telan bermacam jenis vitamin time TTC, saya minta suami belikan susu kambing Efferty yang dah lengkap dengan asid folik serta pelbagai vitamin khas untuk ikhtiar hamil.
Suami pun ada tumpang minum 2 hingga 3 kali seminggu. Bagi saya, kalau ada genetik kembar memang peluang tu lagi tinggi tapi tak salah kalau kita nak ikhtiar.
Kesimpulan
Tiada formula ajaib yang menjamin kehamilan kembar secara mutlak. Namun, menerusi kefahaman tentang ovulasi, pemakanan seimbang, serta ikhtiar seperti tips Dr. Sheikh Muszaphar, peluang tersebut boleh ditingkatkan.
Usaha ini memerlukan keserasian, kasih sayang, dan doa yang berterusan. Jika diizinkan Allah, impian memperoleh anak kembar bukanlah sesuatu yang mustahil.
Kongsikan artikel cara buat anak kembar ini kepada kenalan lain agar ia memberi manfaat dan panduan bersama.
9 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
- The Program for Pregnant with Twins is Easy, Here’s How!
- How to get pregnant with twins: Myths surrounding twin conception
- Twin Pregnancy
- Mothers Share Tips for Conceiving Twins through Intercourse Positions
- Multiple Pregnancy and Birth: Twins, Triplets, and High-order Multiples Download a PDF of this document
- Twin Pregnancy
- Tips Nak Dapat Anak Kembar
- Inginkan Anak kembar? Bagaimanakah rawatan kesuburan boleh membantu anda?
- ADA KE PETUA UNTUK MENDAPATKAN ANAK KEMBAR
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.