Bila dah ada dua orang puteri kat rumah, tipulah kalau tak terselit rasa teringin nak ada anak lelaki pulak, kan? Yalah, sekurang-kurangnya ada kawan nak pergi masjid atau main bola dengan papa nanti.

Tapi persoalannya… betul ke ada cara dapat anak lelaki yang pasangan suami isteri boleh cuba? Jom kita borak pasal ikhtiar sains, petua orang tua-tua, sampai lah ke amalan doa yang Mama Papa boleh cuba!

Cara Dapat Anak Lelaki Ikut Teori Sains

Secara saintifik, cara dapat anak lelaki melibatkan pemahaman tentang kromosom dan waktu subur.

Lelaki menghasilkan dua jenis sperma: satu membawa kromosom X (anak perempuan) dan satu lagi Y (anak lelaki).

Antara teori popular adalah:

a. Cara Dapat Anak Lelaki Guna Kaedah Shettles

Kaedah ini menyarankan hubungan intim dilakukan dekat dengan waktu ovulasi (waktu subur) untuk tingkatkan peluang dapat anak lelaki.

Kenapa?
Sperma Y (lelaki) bergerak lebih laju tapi tak tahan lama berbanding sperma X.

Jadi, apabila waktu ovulasi hampir, sperma Y boleh sampai dan bersenyawa dengan telur dulu.

b. Posisi Semasa Bersama

Ada juga yang syorkan guna posisi penetrasi lebih dalam semasa bersama. Logiknya, supaya jarak perjalanan sperma Y yang pendek hayatnya tu dapat dipendekkan lagi untuk terus sampai ke ovum.

Apapun kena ingat, ini semua masih dalam tahap teori dan ikhtiar tau. Bukannya 100% gerenti anda dapat anak lelaki, tapi tak salah nak cuba!

Petua Tradisional Dapat Anak Lelaki

cara dapat anak lelaki
Petua tradisional dapat anak lelaki.

Orang dulu-dulu pun ada macam-macam petua tradisional dapat anak lelaki, dan kebanyakannya berasaskan pengalaman turun-temurun.

Antaranya:

  • Makan makanan bersifat alkali – Contoh: pisang, tomato, sayur hijau. Ini dikatakan ‘mesra’ dengan sperma Y.
  • Elakkan makanan berasid – Macam sitrus dan makanan yang tinggi gula.
  • Suami minum air zamzam dan makan kurma sebelum bersama.
  • Kerapkan solat hajat dan doa mohon zuriat lelaki.

Walaupun tiada kajian saintifik untuk menyokong semua ini, tapi tak salah jika anda dan pasangan mencuba. Asalkan tidak bertentangan dengan agama.

Amalan Untuk Dapat Anak Lelaki Ikut Islam

Dalam Islam, tiada jaminan cara dapat anak lelaki secara mutlak, tetapi ada amalan dan doa yang boleh diamalkan untuk memohon zuriat lelaki:

Cara Dapat Anak Lelaki Dengan Amalkan Doa Nabi Zakaria

cara dapat anak lelaki
Berdoa memohon kepada Allah bagi dikurniakan zuriat yang soleh.

“Rabbi habli min ladunka zurriyatan tayyibah. Innaka sami’ud du’a.”
Maksud: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.”

Waktu Sesuai Berdoa

Amalkan doa ini selepas solat fardhu, terutamanya waktu malam dan waktu sujud terakhir.

Minta dengan penuh yakin

Niatkan dalam hati untuk dapat anak lelaki, tapi berserah sepenuhnya kepada Allah.

Jaga makanan halal dan suci

Rezeki yang baik datang daripada sumber yang baik.

Elak makan atau minum benda yang syubhah.

Petua Anak Lelaki Mengiring Kiri atau Kanan?

Bila masuk tentang petua tradisional ni, bab posisi tidur pun boleh jadi isu perdebatan hangat antara mak-mak tau!

Pernah dengar tak petua kata kalau nak anak lelaki, lepas ‘bersama’, isteri kena pusing dan tidur mengiring ke belah kanan? Ada pulak versi lain kata kena mula mengiring belah kanan siap-siap dari awal. Katanya, kedudukan rahim atau aliran darah belah situ memudahkan sperma Y nak berenang pergi jumpa telur.

Jujurnya dari sudut perubatan, memang tak ada kajian atau bukti saintifik yang cakap posisi tidur ni ada kesan direct pada sperma. Sperma tu bila dah masuk, dia berenang ikut jalan dia juga, tak kisah lah Mama tidur terlentang ke, mengiring kanan ke kiri.

Tapi biasalah, petua orang tua-tua ni kekadang sekadar ikhtiar tambahan yang diwarisi zaman berzaman. Mana tahu ada rezeki, kan? Tak rugi pun kalau nak cuba, cuma janganlah stres sangat sampai terlupa nak nikmati momen bersama suami tu!

Tanda Awal Mengandung Anak Lelaki

cara dapat anak lelaki
Untuk mengetahui jantina bayi, ibu boleh melakukan ujian ultrasound.

Bila dah lekat, mula la tertanya-tanya: “Anak lelaki ke ni?”

Antara tanda awal mengandung anak lelaki yang selalu dikaitkan ialah:

  • Perut tajam ke depan.
  • Tak alami morning sickness yang teruk.
  • Degupan jantung bayi bawah 140 bpm.
  • Ibu suka makan masin dan berempah.
  • Kulit ibu nampak glowing dan tak berjerawat sangat.

Walaupun menarik, tanda hamil anak lelaki ni belum tentu tepat dan lebih kepada kepercayaan popular.

Cara paling tepat?

Buat ujian jantina bayi selepas usia kandungan 16 minggu (ultrasound) atau melalui ujian darah NIPT.

Buat ujian kehamilan anda sekarang!

Apa Beza Cara Dapat Anak Lelaki atau Perempuan?

Ramai juga yang tanya: “Macam mana pula cara dapat anak lelaki atau perempuan? Boleh pilih ke?”

Jawapannya, secara semula jadi, tak boleh nak pilih 100%.

Tapi timing bersama, diet, dan kualiti sperma mungkin boleh serba sedikit mempengaruhi jantina bayi.

Perbandingan ringkas:

FaktorAnak Lelaki (Sperma Y)Anak Perempuan (Sperma X)
Laju spermaCepatPerlahan
KetahananLemahKuat
Timing bersamaDekat waktu ovulasi2-3 hari sebelum ovulasi
Diet ibuAlkaliBerasid

Nota: Ini semua hanyalah usaha. Jangan terlalu stres tentang jantina ya, yang penting bayi sihat!

Terpulang Pada Rezeki, Tapi Boleh Cuba Ikhtiar

Sebenarnya, cara dapat anak lelaki bukanlah satu jaminan, tapi lebih kepada ikhtiar dan doa.

Dalam Islam, anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya adalah nikmat Allah yang perlu disyukuri.

Namun, tak salah untuk kita berusaha dengan ilmu dan petua yang tidak bercanggah dengan agama.

Ingat, kita hanya mampu berusaha dan berdoa, hasilnya tetap Allah yang tentukan.

Kalau anda dan pasangan tengah merancang nak hamil, jangan lupa kira waktu subur dan jaga pemakanan.

Nak lebih banyak tips kehamilan? Layari BukuPink.my sekarang, rujukan no.1 ibu mengandung di Malaysia!

Author

  • nazrah

    Nazrah Nazarudin ialah seorang penulis dan editor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan digital dan penyuntingan. Pernah berkhidmat sebagai Editor Kanan di Hello Doktor selain pengalaman sebagai Penulis/ Editor di majalah Mamapapa dan Wartawan di surat khabar, Sinar Harian. Beliau mahir menyunting artikel perubatan, keibubapaan dan gaya hidup. Berkemahiran menyunting artikel untuk ketepatan fakta, gaya bahasa dan SEO, serta berpengalaman memimpin penulis dan merancang strategi kandungan.

10 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Is it a boy or a girl? The father’s family might provide a clue
  2. Nanoscale Differences in the Shape and Size of X and Y Chromosome-Bearing Bovine Sperm Heads Assessed by Atomic Force Microscopy
  3. Is it completely random whether a baby is a boy or a girl?
  4. Can You Choose the Sex of Your Baby?
  5. Sex positions when trying for a baby boy: What does the science say?
  6. How to conceive a boy: Exploring methods and understanding the chances
  7. Conceiving a baby
  8. How to get pregnant
  9. Tips Dapat Anak Lelaki
  10. Merancang Anak Lelaki

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.