Setiap kali sah mengandung, asid folik selalunya jadi suplemen pertama yang doktor akan syorkan. Walaupun dah biasa dengar, tapi masih ramai ibu masih ragu-ragu tentang masa terbaik untuk mengambilnya sama ada sebelum atau selepas makan. Ada jugak yang tanya berapa dos tepat cara makan folic acid ketika mengandung?
Mari kita fahami kepentingan asid folik, cara pengambilan yang betul, serta beberapa perkara penting yang ibu perlu beri perhatian sepanjang kehamilan.
Jom baca!
Manfaat Asid Folik
Ada yang tanya, pengambilan asid folik untuk apa?
Sebenarnya, pengambilan asid folik bukan hanya bermula selepas disahkan mengandung.
Malah, kebaikan folic acid sebelum hamil sangat besar.
Ia membantu menyediakan badan untuk kehamilan yang sihat, merendahkan risiko keguguran dan mengurangkan komplikasi kehamilan.
Asid folik juga membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, sekali gus mengurangkan risiko anemia.
Sebab itu, pakar biasanya menyarankan wanita yang merancang untuk hamil mula mengambil folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum cuba mendapatkan zuriat.
Bila sudah mengandung, kebaikan folic acid bertambah penting.
Antara kebaikan folic acid untuk ibu mengandung termasuklah:
- Mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang dan otak bayi.
- Menyokong pembentukan DNA dan pertumbuhan sel bayi.
- Membantu mencegah anemia pada ibu.
- Menyokong perkembangan plasenta dan organ bayi.
Dengan pengambilan yang konsisten, ibu bukan sahaja menjaga kesihatan diri, malah memberi permulaan hidup yang sihat untuk bayi.
Dos Asid Folik Ibu Hamil: Berapa Banyak Sebenarnya Kena Makan?

Bila cerita bab dos suplemen, memang mudah nak buat ibu pusing kepala. Lebih-lebih lagi bila timbul kekeliruan antara unit ‘mg’ dan ‘mcg’.
Berapa mg folic acid untuk ibu mengandung?
Secara amnya, kebanyakan ibu hamil cuma perlukan dos sekitar 400 hingga 600 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Ini kadar standard yang cukup untuk bantu pembentukan saraf bayi di peringkat awal.
Namun, ada kes tertentu di mana doktor akan berikan dos jauh lebih tinggi, iaitu sampai 5 miligram (mg) sehari. Selalunya dos tinggi ini preskripsi khas jika ibu:
- Ada sejarah kehamilan terdahulu yang melibatkan masalah kecacatan tiub saraf (neural tube defects).
- Mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis atau epilepsi yang memerlukan ubat berterusan.
- Mengalami masalah penyerapan nutrisi atau berat badan (BMI) berlebihan.
Ibu tak perlu risau atau pening nak hitung sendiri. Setiap kali pemeriksaan di klinik, doktor atau ahli farmasi akan tentukan dos paling selamat mengikut keadaan kesihatan ibu. Paling penting, jangan pandai-pandai tukar dos tanpa nasihat pakar.
Jika Perlu Ambil Dos Tinggi, Berapa Biji Makan Folic Acid 5mg?
Ada ibu dapat preskripsi folic acid 5mg, lalu tertanya-tanya berapa biji perlu makan.
Jawapannya: biasanya hanya 1 biji sehari sudah cukup.
Dos 5mg ini sebenarnya jauh lebih tinggi daripada keperluan biasa (400–600 mcg), tetapi doktor akan berikan jika ada faktor risiko tertentu.
Jadi, jangan bandingkan dos dengan ibu lain.
Kalau doktor beri 5mg, ikut sahaja.
Jangan lebih dan jangan kurang.
Bila Masa Yang Sesuai Makan Folic Acid?
Soalan ni memang selalu sangat ibu hamil dan wanita yang tengah merancang nak ada rezeki anak tanya.
Jawapan ringkasnya: bila-bila masa pun boleh, asalkan ibu konsisten makan pada waktu yang sama setiap hari. Nak selit makan waktu pagi lepas sarapan boleh, sebelum masuk tidur pun tak ada masalah. Cari waktu yang ibu paling susah nak terlupa, itu kunci utamanya.
Selain waktu harian, aspek masa yang jauh lebih penting sebenarnya ialah bila ibu patut mula ambil:
- Sewaktu merancang kehamilan (TTC): Sebaiknya mula amalkan 2 hingga 3 bulan sebelum hamil. Persediaan awal ni sangat membantu kurangkan risiko kecacatan tiub saraf (neural tube defects) pada janin.
- Awal kehamilan (Trimester Pertama): Kalau baru dapat tahu sah pregnant, teruskan makan sekurang-kurangnya hingga usia kandungan 12 minggu, sebab organ penting bayi tengah pesat membentuk masa ni.
Tak kisah lah makan waktu pagi atau malam, yang penting disiplin dan jangan simpan ubat tu dalam almari sahaja!
Cara Makan Folic Acid Ketika Mengandung Sebelum atau Selepas Makan?

Ramai ibu pening kepala, nak ambil asid folik ni sebelum makan atau selepas makan?
Hakikatnya, cara makan folic acid ketika mengandung boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas makan.
Namun, ramai pakar mencadangkan ia diambil selepas makan untuk mengelakkan rasa loya atau perut tidak selesa.
Cara makan folic acid ketika mengandung jika ibu ada masalah gastrik atau morning sickness (alahan mengandung), ambil selepas makan memang lebih sesuai.
Jangan lupa minum dengan air kosong bukan dengan teh atau kopi. Minuman berkafein boleh kurangkan penyerapan vitamin dalam badan!
Dapatkan asid folik di sini.
Waktu Makan Folic Acid Ketika Mengandung
Selain cara makan folic acid ketika mengandung, ramai juga tanya tentang waktu yang paling baik untuk ambil asid folik.
Sebenarnya, waktu makan folic acid ketika mengandung bergantung pada keselesaan ibu.
Ada yang suka ambil pagi, ada yang suka malam.
Yang penting, jangan lupa cara makan folic acid ketika mengandung yang betul dan ambil setiap hari.
Tip mudah: set reminder dalam telefon supaya tak terlepas.
Kalau tertinggal sehari, jangan pula gandakan dos keesokan harinya.
Cukup teruskan dengan jadual biasa.
Jadual Dos & Waktu Ambil Folic Acid Untuk Ibu Hamil
| Kategori Ibu Hamil / Merancang | Dos Disyorkan | Waktu Sesuai Ambil | Catatan Penting |
|---|---|---|---|
| Wanita merancang hamil | 400 mcg – 600 mcg sehari | Bila-bila masa (pagi/malam), konsisten setiap hari | Sebaiknya mula 3 bulan sebelum hamil |
| Ibu hamil tanpa komplikasi | 400 mcg – 600 mcg sehari | Selepas makan (elak rasa loya) | Jangan skip untuk lindungi bayi |
| Ibu berisiko tinggi* | 5 mg sehari | Waktu yang sama setiap hari (pagi/malam) | Hanya ikut preskripsi doktor |
| Ibu dengan gastrik/ morning sickness | 400 mcg – 600 mcg sehari | Selepas makan utama | Minum dengan air kosong, elakkan kopi/ teh |
*Risiko tinggi termasuk: sejarah bayi cacat saraf, ambil ubat tertentu (contoh: anti-epilepsi), penyakit kronik (diabetes, anemia teruk).
Pantang Larang Folic Acid

Walaupun asid folik sangat baik untuk diambil baik sebelum hamil mahupun semasa kehamilan, namun ada juga beberapa pantang larang folic acid yang ibu perlu tahu:
- Jangan ambil berlebihan dan patuhi cara makan folic acid ketika mengandung. Dos yang terlalu tinggi tanpa nasihat doktor boleh menutup tanda-tanda kekurangan vitamin B12.
- Elakkan ambil bersama teh/ kopi. Kafein boleh ganggu penyerapan vitamin.
- Konsisten setiap hari. Jangan ambil ikut mood, sebab folic acid perlu diambil berterusan untuk beri kesan.
- Ikut arahan doktor. Jika disuruh ambil dos 5mg, jangan ubah sendiri.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, asid folik merupakan pelindung awal yang amat penting untuk perkembangan bayi. Sama ada ibu sedang merancang kehamilan atau sudah pun sah hamil, pastikan suplemen ini diambil secara teratur.
Ibu tidak perlu berasa bimbang bila perlu makan, cukup sekadar mematuhi dos yang disyorkan oleh doktor dan mengekalkan rutin harian. Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai dos yang sesuai, jangan ragu untuk bertanyakan kepada jururawat atau doktor semasa pemeriksaan.
Mari amalkan rutin ini demi kesihatan ibu dan bayi. Selamat melalui fasa kehamilan dengan sihat dan tenang!
Untuk lebih banyak tip kesihatan ibu hamil, terus ikuti artikel kami agar ibu sentiasa bersedia menghadapi setiap fasa kehamilan dengan penuh yakin dan ceria.
9 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
- How and when to take folic acid
- About Folic Acid
- Pregnancy, breastfeeding and fertility while taking folic acid
- Daily iron and folic acid supplementation during pregnancy
- Folate (folic acid)
- What Dose of Folic Acid Should Be Used for Pregnant Diabetic Women?
- Nutrition During Pregnancy
- Supplemen asid folik semasa hamil untuk hasil kesihatan ibu dan kehamilan
- Folic acid 1mg atau 5mg
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.