Bila disahkan hamil, topik pasal makanan pantang ni memang automatik jadi perbualan hangat. Tak kesahlah ini anak pertama ke, atau dah masuk anak ketiga. Maklumlah dalam perut ada nyawa lain, jadi kenalah lebih jaga diri.

Ibu mesti pernah dengar petua orang tua-tua kan? Contohnya tak boleh makan benda tajam atau sejuk. Walaupun setengah petua tu nampak macam mitos, tapi ada sesetengahnya memang disokong oleh doktor dari sudut saintifik. Bak kata orang, cegah sebelum terjadi.

Dalam artikel ni kami akan kupas tentang makanan yang ibu hamil patut elak atau kurangkan. Bukan nak menakutkan ibu, tapi lebih kepada panduan supaya kita dapat buat pilihan yang selamat untuk perkembangan bayi.

Kenapa Kena Jaga Makan Waktu Mengandung?

Sebelum memahami jenis makanan yang perlu ibu elakkan ketika mengandung, adalah penting untuk anda tahu kenapa aspek pemakanan ni teramat kritikal sepanjang 9 bulan 10 hari ni.

Semasa mengandung, sistem imun badan secara semula jadinya akan berkurang sedikit. Ini ialah proses semula jadi supaya badan ibu tidak menolak janin yang sedang membesar. Tapi kesannya, ibu lebih terdedah kepada jangkitan kuman, bakteria dan parasit yang datang daripada makanan.

Jangkitan bakteria seperti Listeria, Salmonella, atau parasit Toxoplasma mungkin cuma menyebabkan keracunan makanan biasa atau cirit-birit pada orang dewasa. Namun bagi janin dalam kandungan, kesannya boleh jadi sangat bahaya termasuklah risiko keguguran, kelahiran pramatang, atau kecacatan pembentukan.

Jenis Makanan Pantang Ibu Mengandung

Berikut antara jenis makanan pantang ibu mengandung yang perlu diberi perhatian:

1. Daging, Ayam, Telur Mentah atau Separuh Masak

Siapa dekat sini peminat tegar telur setengah masak atau steak medium rare? Maaf ya ibu, sepanjang mengandung ni kena tangguhkan dulu makanan ni sebab:

  • Risiko Bakteria: Daging mentah boleh membawa parasit Toxoplasma gondii dan bakteria Salmonella. Telur mentah juga berisiko tinggi membawa Salmonella.
  • Kesan: Boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk, demam tinggi, muntah-muntah, dan dalam kes serius, merosakkan sistem saraf bayi.
  • Solusi: Pastikan semua jenis daging, ayam, dan telur dimasak sepenuhnya sehingga tiada lagi bahagian yang berwarna merah jambu atau cecair telur yang mentah.

2. Makanan Laut Tinggi Merkuri

Ibu hamil memang digalakkan makan ikan sebab kandungan asid lemak Omega-3 yang bagus untuk otak bayi. Tapi, hati-hati dalam memilih jenis ikan.

  • Elakkan: Ikan pemangsa bersaiz besar seperti ikan hiu (shark), ikan pedang (swordfish), ikan tenggiri saiz besar (king mackerel), dan ikan tilefish.
  • Sebab: Ikan-ikan jenis ini hidup lama dan menyebabkan pengumpulan toksin merkuri yang tinggi dalam isinya.
  • Kesan Merkuri: Merkuri yang berlebihan dalam badan ibu boleh menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf bayi secara kekal.
  • Alternatif Selamat: Ibu boleh makan ikan kembung, ikan salmon, ikan bawal, dan udang. Cuma pastikan dimasak dengan sempurna.

3. Sushi, Sashimi dan Makanan Laut Mentah

Bagi peminat makanan Jepun, sashimi dan sushi mentah adalah antara perkara pertama yang kena dimasukkan dalam senarai makanan pantang ibu mengandung.

  • Risiko: Makanan laut mentah serta kerang-kerangan mentah (seperti tiram dan kerang bakar setengah masak) mudah tercemar dengan bakteria Vibrio dan pelbagai jenis parasit laut.
  • Solusi: Kalau teringin nak makan sushi, pilihlah variasi sushi yang digoreng, dimasak sempurna atau yang berasaskan sayur-sayuran dan telur sahaja.

4. Susu, Keju dan Jus Yang Tidak Dipasteur

Proses pasteur adalah proses pemanasan cecair pada suhu tertentu untuk membunuh bakteria jahat.

  • Elakkan: Susu segar mentah terus dari ladang yang belum diproses, serta keju lembut (soft cheese) seperti Feta, Brie, Camembert, Roquefort, dan Blue Cheese kecuali jika dinyatakan secara jelas pada label bahawa ia diperbuat daripada susu terpasteur.
  • Bahaya Listeria: Makanan tanpa pasteur ni berisiko tinggi mengandungi bakteria Listeria monocytogenes. Bakteria ini sangat bahaya kerana ia boleh menembusi plasenta dan menyerang bayi dalam kandungan.

5. Kafein Berlebihan

Ramai ibu yang rasa lesu masa hamil dan bergantung pada kopi untuk kekal bertenaga. Adakah kopi langsung tak boleh minum?

Jawapannya: Boleh, tapi kena ada hadnya.

  • Had Selamat: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan pakar sakit puan menyarankan had pengambilan kafein untuk ibu hamil tidak melebihi 200mg sehari (lebih kurang 1 hingga 2 cawan kopi bancuhan ringan).
  • Sebab Kena Hadkan: Kafein cepat diserap dan mudah melepasi plasenta. Bayi dalam kandungan belum ada enzim yang lengkap untuk memproses kafein. Pengambilan berlebihan dikaitkan dengan risiko berat badan bayi rendah semasa lahir dan keguguran.
  • Peringatan: Jangan lupa, teh, minuman bertenaga, minuman berkarbonat (cola), dan coklat hitam pun ada kafein ya!
makanan pantang ibu mengandung
Pantang larang makanan untuk ibu mengandung untuk kehamilan sihat.

Mitos Dan Fakta

Bila sebut bab pantang larang makanan untuk ibu mengandung, banyak yang datang dari petua orang lama. Ada yang betul, ada juga yang tidak mempunyai bukti saintifik.

  • Nanas: Mengandungi enzim bromelain yang boleh melembutkan serviks, tapi jumlahnya sangat sedikit. Makan 1-2 potong sekadar teringin adalah selamat, cuma jangan makan berlebihan.
  • Durian: Bukan sebab buat badan panas, tapi tinggi gula dan kalori. Boleh makan seulas dua, tapi elakkan banyak untuk cegah kencing manis masa hamil.
  • Air Kelapa: Tak meletakkan kulit bayi jadi putih (itu faktor genetik). Tapi ia sangat bagus untuk hidrasi dan legakan morning sickness.
  • Betik Muda: Wajib elak. Ada getah yang boleh sebabkan rahim mengecut (kontraksi). Tapi, betik yang dah masak ranum sangat bagus untuk elak sembelit!
  • Tapai (Pulut/Ubi): Sama ada tapai pulut atau tapai ubi, sebaiknya ibu elakkan dulu sepanjang mengandung. Proses ragi menghasilkan alkohol semula jadi yang tidak selamat untuk janin.

Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester 1

Trimester pertama (0-3 bulan) adalah fasa kritikal. Pada peringkat ini, organ bayi mula terbentuk, jadi pemakanan sangat penting.

Makanan untuk ibu hamil trimester 1 bukan sekadar mengisi perut, tetapi membekalkan nutrisi asas untuk pertumbuhan si kecil. Berikut makanan untuk ibu hamil trimester 1 yang disarankan:

1. Makanan Kaya Asid Folik

Asid folik penting untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi.

Antara pilihan terbaik:

  • Sayur hijau seperti bayam, brokoli, dan sawi.
  • Buah-buahan seperti betik, oren, dan avokado.
  • Kekacang serta bijirin penuh.

Pengambilan asid folik setiap hari adalah asas utama dalam makanan untuk ibu hamil trimester 1.

2. Protein Berkualiti Tinggi

Protein membantu perkembangan otot, otak, dan sistem imun bayi. Pilihan makanan untuk ibu hamil trimester 1 yang selamat adalah:

  • Telur rebus penuh masak.
  • Daging ayam tanpa kulit.
  • Ikan rendah merkuri seperti salmon atau kembung.

3. Kalsium Untuk Tulang dan Gigi

Kalsium diperlukan sejak awal kehamilan. Ia boleh didapati daripada:

  • Susu rendah lemak.
  • Yogurt dan keju pasteur.
  • Produk berasaskan soya seperti tofu.

4. Zat Besi dan Vitamin C

Zat besi mencegah anemia, manakala vitamin C membantu penyerapan zat besi. Contoh makanan untuk ibu hamil trimester 1 yang terbaik mengandungi tinggi vitamin adalah:

  • Daging merah dimasak sempurna.
  • Buah jambu batu, strawberi, dan tomato.

Senang cerita, makanan untuk ibu hamil trimester 1 perlu seimbang, mudah dihadam, dan kaya nutrisi penting.

makanan pantang ibu mengandung
Makanan untuk ibu hamil trimester 1 amat penting untuk perkembangan janin.

Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil Trimester 2

Masuk trimester kedua (4-6 bulan), ibu biasanya lebih bertenaga. Tetapi, ini juga masa risiko kencing manis dan tekanan darah tinggi boleh meningkat. Sebab itu penting untuk tahu makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 2 supaya kesihatan ibu dan bayi terjamin.

1. Makanan Manis Berlebihan

Kuih muih, kek, minuman bergula, atau air gas boleh tingkatkan risiko diabetes gestasi. Makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 2 ini boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang ibu dan bayi.

2. Makanan Terlalu Masin

Jeruk, kerepek, atau makanan segera tinggi sodium boleh menyebabkan bengkak kaki dan tekanan darah naik. Ini termasuk dalam senarai makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 2 kerana boleh meningkatkan risiko pra-eklampsia.

3. Makanan Mentah dan Separuh Masak

Telur separuh masak, sushi, atau daging medium rare masih berisiko membawa bakteria. Ia antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 2 yang perlu dielakkan sama sekali.

Ringkasnya, makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 2 ialah yang terlalu manis, masin, atau tidak dimasak sempurna.

Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil Trimester 3

Trimester ketiga (7-9 bulan) adalah fasa menunggu kelahiran. Perut makin membesar, badan makin berat, dan sistem pencernaan jadi lebih sensitif. Inilah sebab kenapa wujud senarai khas makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 3.

1. Makanan Pedas Berlebihan

Walaupun sedap, makanan terlalu pedas boleh sebabkan pedih ulu hati dan cirit-birit. Ia termasuk dalam makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 3 kerana boleh menjejaskan keselesaan ibu menjelang bersalin.

2. Minuman Bergas

Minuman bergas tinggi gula dan menyebabkan kembung. Bukan sahaja tidak sihat, malah ia juga antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 3 kerana tiada manfaat nutrisi.

3. Makanan Segera Tinggi Lemak

Burger, ayam goreng, dan makanan proses lambat hadam, meningkatkan risiko obesiti bayi. Maka, ia tersenarai dalam makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 3.

4. Jamu atau Herba Kuat

Ada herba yang boleh mencetuskan kontraksi awal. Untuk keselamatan, elakkan semua jamu tradisional tanpa nasihat doktor. Secara mudah, makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester 3 adalah yang boleh sebabkan pedih ulu hati, kembung, atau risiko kontraksi awal.

Menu Makanan Ibu Hamil Trimester 1, 2 3

Berikut menu makanan ibu hamil dari trimester 1 hingga 3.

Pada trimester pertama, kebanyakan ibu akan mengalami mual dan loya (morning sickness), hilang selera makan, cepat letih, dan rasa loya. Jadi, menu makanan perlu ringan tetapi tetap cukup zat.

Cadangan menu:

  • Sarapan: Oatmeal dengan buah segar (pisang, epal, strawberi) dan segelas susu rendah lemak.
  • Snek pagi: Biskut gandum atau buah potong (betik, oren, kiwi).
  • Makan tengah hari: Nasi, ikan kukus/ayam panggang dan sup sayur hijau (bayam, brokoli, sawi).
  • Snek petang: Yogurt tanpa gula dengan kacang badam.
  • Makan malam: Sup ayam kampung dengan kentang dan roti gandum.

Fokus pada makanan kaya asid folik, zat besi, dan protein kerana ia penting untuk pembentukan otak & saraf bayi.

makanan pantang ibu mengandung
Menu makanan ibu hamil trimester 1, 2 3 yang berkhasiat.

Masuk trimester kedua, selera makan biasanya sudah semakin stabil. Bayi pula mula membesar dengan lebih pesat, jadi ibu perlukan lebih kalsium, protein, dan zat besi.

Cadangan menu:

  • Sarapan: Roti bakar gandum dengan telur rebus dan susu segar.
  • Snek pagi: Buah kering (kurma, kismis) atau smoothie buah.
  • Makan tengah hari: Nasi perang, ikan salmon bakar/ayam rebus dan sayur rebus (lobak merah, bendi, kobis).
  • Snek petang: Jagung rebus atau sandwich tuna.
  • Makan malam: Nasi, sup daging, sayur bayam bening dan segelas susu.

Trimester ini sangat penting untuk elak anemia, jadi banyakkan makan makanan kaya zat besi & vitamin C (supaya zat besi lebih mudah diserap tubuh).

Trimester ketiga, bayi semakin besar dan keperluan tenaga ibu juga meningkat. Ibu perlu lebih serat untuk elak sembelit, serta makanan kaya omega-3, kalsium, dan protein untuk perkembangan otak dan tulang bayi.

Cadangan menu:

  • Sarapan: Bubur nasi dengan ikan bilis, telur rebus dan teh herba tanpa kafein.
  • Snek pagi: Buah potong (pir, jambu, betik).
  • Makan tengah hari: Nasi, ikan tenggiri gulai lemak dan sayur kacang panjang + tempe goreng.
  • Snek petang: Susu kurma atau air soya segar dengan roti gandum.
  • Makan malam: Sup ikan merah dengan bayam dan ubi keledek rebus.

Trimester ini juga penting untuk kawal berat badan ibu, jadi kurangkan makanan berminyak dan bergula, banyakkan serat & air.

Kesimpulan

Secara ringkas, makanan pantang ibu mengandung bukanlah sesuatu yang membebankan, tetapi lebih kepada panduan untuk melindungi ibu dan bayi.

Fahami pantang larang makanan untuk ibu mengandung, pilih makanan pantang untuk ibu mengandung dengan bijak, dan jangan takut untuk bertanya pada doktor jika ragu-ragu.

Ingat, setiap suapan yang ibu makan hari ini adalah bekalan nutrisi dan kasih sayang untuk si comel yang sedang membesar. Rasa artikel ni membantu? Kongsikan kepada ibu-ibu hamil yang lain supaya semua dapat jalani fasa kehamilan dengan tenang dan sihat!

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

8 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Foods to avoid in pregnancy
  2. Pregnancy nutrition: Foods to avoid during pregnancy
  3. Foods to avoid when pregnant
  4. Safer Food Choices for Pregnant Women
  5. Foods to eat or avoid when pregnant
  6. Makanan untuk Ibu Mengandung: Sihat & Berkhasiat
  7. Garis panduan pemakanan untuk ibu mengandung
  8. PANDUAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK IBU HAMIL

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.