Bila sebut tentang contraction atau kontraksi, terus terbayang pengalaman nak bersalin yang memang tak boleh dilupakan. Rasa macam ada gumpalan memulas kat perut dan merebak sampai ke pinggang. Fuhh tak boleh lupa sakitnya!
Tapi masalahnya, bukan semua kontraksi tu tanda bayi dah nak keluar. Ada yang cuma braxton hicks atau kontraksi palsu saja. Buat yang kali pertama nak jadi ibu, mesti tertanya-tanya kan: braxton hicks dengan sakit contraction yang betul punya, apa bezanya? Bagaimana nak tahu rahim dah mula buka jalan?
Jom kami kongsikan mengenai tanda kontraksi sebenar dan beberapa petua mudah untuk kurangkan rasa sakit tu.
Sakit Contraction Macam Mana?
Ramai ibu hamil selalu tanya, sakit contraction macam mana sebenarnya?
Jawapannya, ia berbeza untuk setiap orang.
Ada yang kata rasa macam period pain tapi berkali ganda kuat, dan ada pula yang rasa macam perut diikat dan ditarik ketat-ketat.
Berikut antara pengalaman sakit kontraksi bersalin yang ramai ibu hamil alami:
- Rasa menekan & mencengkam – seolah-olah rahim ditarik-tarik dan otot mengetat.
- Datang & hilang ikut masa – bukan sakit berterusan macam sakit perut, tapi sakit ni datang dalam gelombang (wave).
- Semakin lama, semakin kuat – pada awalnya ibu mungkin masih boleh bertahan, tapi bila semakin hampir bersalin, intensitinya makin bertambah.
Walaupun menyakitkan, setiap kontraksi ada fungsinya. Ia membantu membuka serviks sedikit demi sedikit sehingga baby boleh keluar dengan selamat.
Kat Bahagian Mana Ibu Selalu Sakit Kontraksi?
Bila tanya bab ni, jawapan setiap ibu memang tak pernah sama. Ada yang kena teruk kat perut, ada yang merayap sampai ke pinggang. Tapi secara amnya, rasa memulas tu selalunya bermula dan makin meledak dekat beberapa bahagian di bawah ni:
- Bawah perut: Rasa dia sama macam senggugut, cuma jauh lebih sakit dan datang berselang-seli.
- Belakang pinggang: Sakit ni selalunya dari bahagian tulang belakang bawa ke depan perut. Lenguh dia tuhan saja yang tahu.
- Ari-ari dan pinggul: Makin dekat nak bersalin, ibu akan rasa satu tekanan berat ke bawah, ibarat bayi tengah cari laluan nak keluar.
Ada juga kes ibu yang terus dapat back labour, yang mana rasa sakit tu tertumpu kat bahagian belakang saja dari awal sampai habis kontraksi. Jadi ibu kalau rasa sakit lain sikit dari cerita kawan atau mak mertua, tak payah pening kepala. Memang reaksi badan kita masing-masing tak serupa.
Berapa Lama Kontraksi Sebelum Bersalin?

Soalan paling ditunggu-tunggu: berapa lama contraction sebelum bersalin?
Hakikatnya, tempoh kontraksi bergantung pada:
- Kehamilan pertama atau bukan- Ibu yang pertama kali bersalin biasanya ambil masa lebih panjang, 12-24 jam. Kalau sudah pernah bersalin, tempohnya lebih singkat, sekitar 6-12 jam.
- Tahap bukaan serviks- Kontraksi awal boleh bermula seawal bukaan 1-3 cm. Proses aktif bermula sekitar 4-7 cm, di mana sakit contraction makin kerap. Bila bukaan 8-10 cm, biasanya sakit kontraksi jadi sangat kuat dan hampir tiada jarak rehat.
Kesimpulannya, tak ada satu jawapan tepat sebab badan setiap ibu bekerja dengan cara berbeza.
Berapa Lama Sakit Contraction?
Selain tempoh keseluruhan, ramai juga nak tahu berapa lama sakit kontraksi untuk setiap kali ia datang.
Secara purata:
| Fasa Kontraksi | Durasi Sakit (Setiap Kontraksi) | Kekerapan |
|---|---|---|
| Awal (Latent phase) | 30-45 saat | Setiap 15-20 minit |
| Pertengahan (Active phase) | 45-60 saat | Setiap 5-7 minit |
| Akhir (Transition phase) | 60-90 saat | Setiap 2-3 minit |
Makin dekat dengan waktu bersalin, makin panjang durasi setiap kontraksi.
Walaupun sakit, ibu masih dapat “rehat” sekejap antara kontraksi sebelum ia datang semula.
Rasa Kontraksi Setiap 5 atau 10 Minit? Ini Maksud Sebenar
Bila dah dekat tarikh due, doktor mesti pesan suruh kira jarak timing kontraksi. Jangan ambil mudah tau, sebab kekerapan memulas ni petanda penting sama ada baby cuma baru nak beranjak atau dah betul-betul sedia nak keluar.
- Setiap 10 minit: Ni selalunya tanda early labour. Serviks baru nak mula berjinak-jinak buka perlahan-lahan. Awal-awal ni ibu masih boleh relaks dulu kat rumah, kemas bag hospital atau mandi air suam.
- Setiap 5 minit: Haa, bila dah kerap macam ni, maknanya active labour dah bermula! Perut makin kerap memulas keras dan konsisten. Kalau dah tahap ni, memang tak payah tunggu lagi, terus ajak suami gerak pergi hospital.
Ingat tau, kalau jarak sakit tu makin rapat, makin panjang masa sakitnya, dan konsisten, tu sah-sah tanda rahim tengah push baby keluar. Jangan berlengah lagi!
Sakit Contraction Tapi Tiada Tanda
Ada ibu yang risau sebab mengalami rasa sakit kontraksi tapi tiada tanda lain seperti keluar darah atau pecah ketuban.
Jangan panik dulu, sebabnya ini mungkin:
- Kontraksi palsu (Braxton Hicks) – biasanya tak teratur dan boleh hilang bila ibu berehat.
- Kontraksi awal – kadang-kadang ambil masa berjam-jam atau berhari sebelum benar-benar aktif.
Kalau ragu-ragu, lebih baik berjumpa doktor untuk pemeriksaan selamat.
Tanda-Tanda Contraction Palsu
Sangat penting untuk bezakan antara tanda-tanda contraction palsu dan tanda contraction bersalin sebenar.
| Perbandingan | Kontraksi Palsu | Kontraksi Sebenar |
|---|---|---|
| Corak | Tidak tetap, datang tak menentu | Tetap & semakin kerap |
| Intensiti | Tidak bertambah kuat | Makin lama makin sakit & kuat |
| Kesan bila ubah posisi | Hilang bila berehat / tukar posisi | Terus berlaku walaupun ubah posisi |
| Bahagian sakit | Lebih terasa di bahagian depan perut | Mula dari belakang, memancar ke depan & bawah |
| Tempoh | Pendek & tidak konsisten | Makin panjang, konsisten & teratur |
Dengan jadual ni, ibu lebih mudah nak kenal pasti sama ada sakit contraction tu palsu atau tanda bersalin sebenar.
Tanda Contraction Bersalin

Antara tanda yang menunjukkan anda memang dalam labour sebenar ialah:
- Kontraksi tetap dan makin kerap.
- Sakit semakin kuat walaupun cuba berehat.
- Keluar “bloody show” (lendir bercampur darah).
- Air ketuban pecah.
Kalau tanda-tanda ini muncul, cepat-cepatlah bersiap ke hospital ya!
Cara Hilangkan Sakit Contraction

Walaupun sakit kontraksi memang tak dapat dielakkan, namun ada cara untuk bantu ibu kurangkan rasa sakit:
- Bernafas dengan betul – tarik nafas dalam, hembus perlahan. Teknik pernafasan sangat membantu kawal sakit.
- Bergerak & ubah posisi – cuba berdiri, berjalan atau goyangkan pinggul dengan gym ball.
- Mandian air suam – air suam boleh bantu tenangkan otot.
- Urutan lembut – minta suami atau doula urut bahagian pinggang belakang.
- Gunakan teknik fokus – alihkan perhatian dengan muzik atau berzikir.
Ingat, semakin ibu tenang, semakin mudah badan bekerja untuk proses bersalin.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, sakit contraction adalah pengalaman unik bagi setiap ibu hamil. Ada yang cepat, ada yang lambat. Ada yang sakitnya lebih terasa di depan, ada pula di belakang.
Apa pun bentuk sakit kontraksi yang datang, percayalah ia semua adalah sebahagian daripada perjalanan indah menyambut kelahiran si kecil.
Yang penting, kenali tanda-tanda contraction sebenar, tahu bila masa sesuai ke hospital, dan praktikkan cara kurangkan sakit contraction supaya anda lebih bersedia.
Kalau anda ibu hamil yang tengah menunggu detik bersalin, jangan lupa berkongsi artikel ini dengan suami atau ahli keluarga supaya mereka juga faham tentang sakit contraction.
Lagi ramai tahu, lagi senang untuk beri sokongan bila masa tiba.
10 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.