Bila perut si kecil mula meragam dan kerap cirit-birit, memang kelam-kabut mak bapak dibuatnya! Mana taknya, kalau dibiarkan risau anak makin lemah dan kena dehidrasi. Biasanya cirit birit ni terjadi sebab jangkitan pada perut, alahan laktosa, atau perubahan susu rumusan kanak-kanak atau formula.

Masa ni, ibu ayah kena peka pilih susu yang betul untuk bantu memulihkan usus si kecil dengan lebih cepat dan elakkan dehidrasi.

Nota penting: Susu ibu adalah yang terbaik. WHO dan KKM mengesyorkan penyusuan eksklusif sehingga 6 bulan, dan diteruskan sampai umur 2 tahun bersama makanan pelengkap.

Penafian: Walaupun artikel ini fokus kepada bayi berusia 1 tahun ke atas, perlu diingat bahawa penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usia 2 tahun bersama makanan pelengkap yang sesuai.

Apa Perlu Elak Sebelum Pilih Susu Untuk Bayi 1 Tahun Cirit Birit?

Masa perut anak tengah ragam, sistem penghadaman dia sangat sensitif. Sebelum ibu ayah rushing nak tukar jenama baru, ada beberapa perkara yang perlu ibu ayah hentikan dahulu buat sementara waktu:

  • Susu Tinggi Laktosa: Usus tengah teruk, jadi laktosa susah nak dicerna dan boleh buat cirit-birit makin melarat.
  • Makanan Manis & Berlemak: Makanan jenis ni lambat hadam dan boleh trigger perut anak rasa lebih memulas.
  • Terus Bagi Susu Sama Bila Ada Tanda Intoleransi: Kalau setiap kali lepas minum susu terus anak membuang, usus dia mungkin ada temporary lactose intolerance kesan jangkitan.

Masa ni, keutamaan paling besar adalah elak badan anak lembik sebab dehidrasi. Banyakkan bagi air kosong, sup atau air garam ORS. Biasanya dalam situasi macam ni, doktor akan syorkan tukar ke susu bebas laktosa (lactose-free) atau formula khas untuk tenangkan balik usus si kecil.

    Senarai Susu Tanpa Laktosa Untuk Bayi Cirit Birit (1 Tahun Ke Atas)

    senarai susu untuk bayi cirit birit
    Pilih rumusan yang sesuai jika anak mengalami cirit-birit.

    Kalau si kecil menunjukkan tanda tak tahan laktosa (seperti perut kembung, berangin, atau najis berair selepas minum susu), boleh cuba susu tanpa laktosa untuk bayi cirit birit.

    Jenis susu ini dirumus khas supaya lebih mudah dihadam.

    Berikut senarai susu untuk bayi cirit birit dengan laktosa dan susu tanpa laktosa untuk bayi cirit birit berserta review dari ibu bapa yang pernah mencuba:

    Nestlé NAN Lactose Free

      • Sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas.
      • Formula tanpa laktosa yang lembut pada perut serta membantu pulihkan keseimbangan usus.
      • Ramai ibu berkongsi dalam senarai susu untuk bayi cirit birit review bahawa najis anak jadi lebih normal selepas beberapa hari penggunaan.

      Enfalac LactoFree Care

      • Diperkaya dengan probiotik untuk bantu penghadaman dan kesihatan usus.
      • Teksturnya halus, tidak terlalu pekat, dan kurang bau jadi anak lebih mudah menerimanya.
      • Antara pilihan utama dalam susu tanpa laktosa untuk bayi cirit birit.

      Similac Total Comfort (Low Lactose)

      • Tidak sepenuhnya bebas laktosa, tetapi sangat rendah kandungannya.
      • Mengandungi protein yang dihidrolisis sebahagian (partially hydrolyzed protein) untuk penghadaman lebih mudah.
      • Sesuai untuk kanak-kanak dengan perut sensitif atau yang baru pulih dari cirit-birit.

      Boleh dapatkan di sini.

      Senarai susu untuk bayi cirit birit: HiPP Junior Organic Milk Formula

      • Susu organik dari Jerman yang dirumus khas untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas.
      • Mengandungi probiotik semula jadi (Lactobacillus fermentum) yang membantu menguatkan sistem penghadaman dan imun badan anak.
      • Rendah laktosa dan dibuat daripada bahan organik bersertifikat, tanpa bahan tiruan atau GMO.
      • Ramai parents review susu ni yang paling lembut pada perut, sesuai untuk anak yang alami masalah usus sensitif selepas jangkitan perut.

      Check out susu ni di sini.

      Pediasure Lactose Free

      • Direka untuk anak 1–3 tahun yang perlukan nutrisi tambahan selepas cirit-birit.
      • Tanpa laktosa dan gluten, kaya dengan vitamin serta mineral penting.
      • Antara pilihan utama dalam kategori susu formula terbaik untuk anak 1 3 tahun cirit birit.

        Kalau anak nampak lebih ceria dan najis makin normal selepas tukar ke salah satu susu ni, itu petanda baik ususnya sedang pulih.

        Anak Tak Boleh Susu Lembu? Ini Pilihan Susu Soya

        Kalau susu lembu biasa makin memburukkan keadaan perut si kecil, susu soya selalu jadi pilihan selamat yang popular. Tapi parents kena pastikan anak tak ada alahan pada soya juga ya.

        Antara pilihan pilihan biasa di pasaran untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas:

        • Isomil Plus Soy: Menggunakan 100% protein soya tanpa laktosa dan gluten. Formula ni memang direka khas untuk anak yang tak toleran susu lembu, malah ramai ibu kongsi cirit-birit anak makin berkurang lepas bertukar ke susu ini.
        • Nutribaby Soy: Sesuai untuk anak setahun ke atas dengan khasiat vitamin serta mineral yang seimbang. Berdasarkan pengalaman ramai ibu, susu ini tak buat perut anak kembung atau memulas.

        Peringatan mesra: Susu soya tak sesuai diguna sebarangan untuk bayi bawah 1 tahun melainkan atas nasihat doktor. Namun bagi kanak-kanak 1 tahun ke atas, ia boleh jadi penyelesaian sementara yang cukup membantu.

        senarai susu untuk bayi cirit birit
        Pastikan anak minum air secukupnya untuk elak dehidrasi.

        Pengalaman Ibu Ayah Tukar Susu Untuk Anak Cirit-birit

        Isu anak cirit-birit selepas tukar susu sering dibincangkan ramai ibu di forum komuniti dan media sosial.

        Antara hantaran pengalaman yang dikongsikan di sebuah laman komuniti ibu dalam media sosial adalah:

        “Baby saya dah 3 kali tukar susu kena cirit birit tapi tiada muntah, sihat macam biasa meragam pun tak ada. Jadi saya jumpa doktor. Doc suggest untuk tukar susu free lactosa. Semalam sy dah start bagi susu free lactosa. Tapi kata doc lepas dah okay najis dia kena tukar susu formula biasa.

        Mommies boleh tak suggest susu apa yang okay untuk baby yang baru baik cirit birit dan naikkan berat badan dia.. Terima kasih.”

        Hantaran ini mendapat perhatian daripada ibu bapa lain yang turut berkongsikan pengalaman mereka menghadapi masalah anak cirit birit selepas tukar susu.

        Susu Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Cirit Birit

        Selain susu tanpa laktosa dan susu soya, ada juga susu formula terbaik untuk anak 1 3 tahun cirit birit yang direka khas untuk menyokong sistem pencernaan.

        Berikut beberapa pilihan senarai susu untuk bayi cirit birit yang disyorkan oleh pakar pediatrik dan ramai ibu bapa:

        1. Frisolac Comfort
          • Dirumus khas untuk kanak-kanak dengan perut sensitif, termasuk yang mengalami cirit-birit atau sembelit.
          • Mengandungi protein yang dihidrolisis sebahagian untuk penghadaman lebih mudah.
          • Membantu mengurangkan simptom kembung dan najis cair.
        2. Novalac AD (Anti-Diarrhea)
          • Formula khusus untuk kanak-kanak yang sedang mengalami cirit-birit.
          • Rendah laktosa dan mempunyai lemak mudah serap bagi menyokong sistem penghadaman.
          • Sesuai digunakan sementara waktu sehingga anak pulih sepenuhnya.
        3. Senarai susu untuk bayi cirit birit: HiPP Junior Organic Milk Formula
          • Susu organik premium dari Jerman untuk anak 1 tahun ke atas.
          • Mengandungi probiotik semula jadi (Lactobacillus fermentum) yang membantu memulihkan bakteria baik dalam usus.
          • Diperbuat daripada bahan organik bersertifikat, tanpa bahan pengawet, pewarna, atau GMO.
          • Kaya dengan vitamin A, C, D dan zat besi untuk menyokong pertumbuhan selepas tempoh cirit-birit.
          • Antara pilihan popular ibu bapa dalam susu formula terbaik untuk anak 1 3 tahun cirit birit kerana teksturnya ringan dan mudah diterima perut sensitif.
        4. Pediasure Complete
          • Susu lengkap untuk anak 1 tahun ke atas yang perlukan tenaga tambahan selepas sembuh dari cirit-birit.
          • Mengandungi gabungan probiotik dan prebiotik untuk keseimbangan flora usus.
          • Membantu tingkatkan selera makan dan menyokong pertumbuhan semula nutrien yang hilang semasa cirit-birit.

        Susu-susu di atas direka bukan sekadar untuk menghilangkan cirit-birit, tapi juga untuk bantu anak kembali aktif dan sihat seperti biasa.

        Kalau anak nampak lebih bertenaga, najis makin normal dan tidur lebih lena, itu tanda susu tersebut serasi dengan badannya.

        Tip Pilih Susu Yang Sesuai

        senarai susu untuk bayi cirit birit
        Tip pilih susu yang sesuai untuk anak cirit-birit.

        Dalam memilih senarai susu untuk bayi cirit birit, ada beberapa perkara penting yang ibu ayah perlu ambil kira:

        • Rujuk doktor atau pakar kanak-kanak sebelum tukar susu, terutamanya jika cirit-birit berlarutan lebih dari 3 hari.
        • Pilih susu tanpa laktosa atau rendah laktosa buat sementara waktu.
        • Jika anak ada sejarah alahan susu lembu, boleh pertimbangkan susu soya untuk bayi cirit birit.
        • Elakkan tukar susu terlalu kerap. Beri masa 3-5 hari untuk lihat kesan terhadap anak.
        • Pastikan anak minum air mencukupi supaya tidak dehidrasi.

        Selain tukar susu, perhatikan juga pemakanan harian anak.

        Elakkan makanan berminyak, bergula, atau yang boleh mengganggu usus seperti jus buah masam dan makanan pedas.

        Pilih Susu Dengan Bijak, Kesihatan Anak Lebih Terjaga

        Masalah cirit-birit memang boleh buat ibu ayah cemas, tapi jangan risau, dengan pemilihan susu yang betul dan perhatian rapi, kanak-kanak biasanya akan pulih dalam beberapa hari.

        Senarai susu untuk bayi cirit birit yang dikongsikan di atas boleh dijadikan panduan, tapi setiap anak berbeza.

        Apa yang sesuai untuk anak orang lain mungkin tak serasi dengan anak kita.

        Jadi, sentiasa pantau simptom anak dan berbincang dengan doktor sebelum menukar susu.

        Ingat: Susu ibu tetap yang terbaik! Tapi untuk bayi 1 tahun ke atas yang sudah beralih ke susu rumusan, pilihan susu yang sesuai sangat membantu proses pemulihan.

        Kalau anak anda sedang alami cirit-birit dan tak pasti susu mana yang sesuai, berbincanglah dengan pakar pediatrik atau ahli farmasi.

        Mereka boleh bantu tentukan sama ada anak anda perlukan susu tanpa laktosa, susu soya, atau jenis rumusan khas lain.

        Author

        • nazrah

          Nazrah Nazarudin ialah seorang penulis dan editor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan digital dan penyuntingan. Pernah berkhidmat sebagai Editor Kanan di Hello Doktor selain pengalaman sebagai Penulis/ Editor di majalah Mamapapa dan Wartawan di surat khabar, Sinar Harian. Beliau mahir menyunting artikel perubatan, keibubapaan dan gaya hidup. Berkemahiran menyunting artikel untuk ketepatan fakta, gaya bahasa dan SEO, serta berpengalaman memimpin penulis dan merancang strategi kandungan.

        10 Sumber Rujukan

        Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

        1. Dietary advice for toddler diarrhoea - Parent / carer information
        2. When your child has diarrhea
        3. When your child has diarrhea
        4. Diarrhoea and vomiting in babies and children
        5. Diarrhoea in children
        6. Diarrhea in Babies
        7. Types of formula
        8. Dehydration and diarrhea in children: Prevention and treatment
        9. Diarrhoea in children
        10. Memahami Cirit-birit Kanak-kanak

        Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.