Ramai wanita masih samar-samar tentang waktu tidak subur selepas haid. Padahal sepatutnya, memahami perjalanan kitaran tubuh sendiri sangat penting. Tak kiralah sama ada anda tengah berusaha nak timang cahaya mata atau sebaliknya untuk elak kehamilan secara semula jadi.
Memang nampak pening bila nak kena mengira bila waktu subur atau tidak subur, tapi sebenarnya tak ada lah rumit mana.
Jom teruskan membaca untuk tahu lebih pasti tentang waktu subur, tanda tanda perubahan badan dan cara kira kitaran haid anda dengan lebih tepat.
Kenali Apa Itu Waktu Subur dan Tidak Subur
Nak faham badan wanita sebenarnya tak susah mana, asalkan kita tahu beza dua fasa penting ini.
Secara ringkasnya, fasa subur wanita itu adalah waktu ovulasi berlaku iaitu masa telur matang dilepaskan dari ovari. Dalam tempoh beberapa hari sebelum dan selepas ovulasi inilah peluang hamil wanita pada tahap paling tinggi.
Sebaliknya, fasa tidak subur merujuk kepada tempoh di mana peratusan untuk hamil itu sangat tipis sebab tiada telur yang menunggu untuk disenyawakan.
Secara mudahnya, kalau waktu subur wanita sekitar beberapa hari sebelum dan selepas ovulasi, maka waktu tidak subur adalah sebelum ovulasi bermula dan selepas ovulasi berakhir. Jadi jarak hari sebelum ovulasi bermula dan selepas fasa ovulasi itu tamat itulah julat waktu tidak subur anda.
Bila dah faham konsep asas ini, barulah mudah untuk anda rancang bersama suami mengikut keperluan masing-masing
Bila Sebenarnya Waktu Subur Selepas Haid?
Persoalan ini selalu sangat berlegar dalam fikiran wanita. Mana tidaknya, jarak waktu subur ini memang bergantung penuh pada kitaran haid masing-masing.
Sebagai contoh:
- Kitaran haid 28 hari: Ovulasi selalunya jatuh pada hari ke-14. Jadi, fasa subur anda bermula sekitar hari ke-10 hingga hari ke-15.
- Kitaran lebih pendek atau panjang: Kiraan harinya berbeza ikut bilangan hari kitaran anda.
Secara kasarnya, waktu subur selepas haid biasanya muncul antara hari ke-10 hingga ke-15, dikira dari hari pertama anda datang haid.
Bila Waktu Tidak Subur Selepas Haid?

Secara amnya, waktu tidak subur ini terbahagi kepada dua fasa utama:
- Awal selepas haid: Telur masih belum matang untuk dilepaskan, jadi peratusan untuk hamil memang rendah.
- Selepas fasa ovulasi: Bila telur dah melepasi jangka hayatnya dan tidak disenyawakan, peluang hamil jadi sangat kecil sehinggalah darah haid seterusnya keluar.
Gambaran mudahnya begini: kalau kitaran anda jenis 28 hari, waktu tidak subur jatuh pada hari ke-1 hingga hari ke-7, serta hari ke-17 hingga ke-28. Apapun, badan setiap wanita tak sama, jadi penting untuk anda faham corak kitaran sendiri dulu sebelum buat anggaran.
Penerangan lanjut tentang kiraan waktu tidak subur selepas haid adalah seperti di bawah.
Kiraan Waktu Tidak Subur Selepas Haid
1. Fasa Awal Selepas Haid (Hari 1-7)
- Pada hari pertama hingga ke-7 selepas haid bermula, kebanyakan wanita masih berada dalam fasa folikular awal.
- Pada tempoh ini, telur dalam ovari masih belum matang dan belum dilepaskan.
- Jadi, peluang untuk hamil sangat rendah. Inilah sebabnya fasa ini dianggap sebahagian daripada waktu tidak subur selepas haid.
Namun, perlu diingat:
- Jika kitaran haid sangat pendek (contohnya 21 hari), ada kemungkinan ovulasi berlaku lebih awal. Jadi peluang hamil tetap wujud walaupun rendah.
2. Fasa Selepas Ovulasi (Hari 17-28, bergantung pada kitaran)
- Ovulasi biasanya berlaku di pertengahan kitaran (sekitar hari ke-14 bagi kitaran 28 hari).
- Selepas ovulasi, jika telur tidak disenyawakan, ia hanya boleh bertahan 12-24 jam sahaja.
- Selebihnya, tubuh wanita akan memasuki fasa luteal, iaitu tempoh sehingga haid seterusnya bermula.
Pada fasa ini:
- Telur sudah tiada.
- Lendir serviks menjadi lebih pekat dan kering, menyukarkan sperma untuk bergerak.
- Hormon progesteron meningkat, menjadikan rahim bersedia untuk haid jika tiada kehamilan.
Maka, tempoh ini juga dianggap waktu tidak subur selepas haid.
3. Bagaimana Nak Bezakan?
Ada beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada anda berada dalam fasa subur atau tidak subur:
- Catatan kitaran haid: Tandakan tarikh mula dan akhir haid setiap bulan.
- Pemerhatian lendir serviks: Waktu subur lendir lebih jernih dan licin. Bila ia pekat/ kering, itu tanda sudah masuk waktu tidak subur.
- Suhu badan basal (BBT): Selepas ovulasi, suhu naik sedikit. Bila suhu kekal tinggi hingga haid, itu menunjukkan anda berada dalam fasa tidak subur.
4. Adakah Waktu Tidak Subur 100% Selamat?

Tidak juga. Walaupun dinamakan “tidak subur”, ada faktor yang boleh mengubah kitaran, seperti:
- Kitaran haid tidak teratur.
- Ovulasi berlaku lebih awal atau lewat dari biasa.
- Sperma boleh bertahan 3-5 hari dalam rahim.
Jadi, masih ada risiko kecil untuk hamil walaupun berada dalam waktu tidak subur.
Kesimpulannya, waktu tidak subur selepas haid berlaku dalam dua fasa utama: awal selepas haid (sebelum ovulasi) dan selepas ovulasi (hingga haid seterusnya).
Namun, kiraan ini hanyalah anggaran.
Untuk lebih tepat, anda boleh gunakan kalkulator waktu subur selepas haid atau gabungkan dengan pemerhatian tanda-tanda tubuh sendiri.
Jadual Ringkas Waktu Subur & Tidak Subur (Kitaran 28 Hari)
| Hari Kitaran | Keadaan Tubuh | Status Kesuburan |
|---|---|---|
| Hari 1 – 7 | Haid dan fasa awal folikular, telur belum matang | Waktu tidak subur selepas haid |
| Hari 8 – 9 | Telur mula matang, perubahan hormon berlaku | Peluang hamil rendah (pra-subur) |
| Hari 10 – 15 | Ovulasi berlaku, lendir serviks jernih, telur dilepaskan | Waktu subur selepas haid |
| Hari 16 – 17 | Telur hanya hidup 12-24 jam selepas ovulasi | Masih subur tetapi menurun |
| Hari 18 – 28 | Fasa luteal, telur tidak disenyawakan, rahim bersedia untuk haid | Waktu tidak subur selepas haid |
Kesimpulan:
- Waktu tidak subur selepas haid: Hari 1-7 dan hari 18-28
- Waktu subur selepas haid: Hari 10-15 (kemuncak ovulasi sekitar hari ke-14)
Jadual Waktu Subur & Tidak Subur Untuk Kitaran 21 Hari (Pendek)
| Hari Kitaran | Keadaan Tubuh | Status Kesuburan |
|---|---|---|
| Hari 1 – 5 | Haid dan fasa awal folikular | Waktu tidak subur selepas period |
| Hari 6 – 8 | Telur mula matang | Peluang hamil rendah (prasubur) |
| Hari 9 – 12 | Ovulasi (sekitar hari ke-11), lendir serviks jernih | Waktu subur selepas haid |
| Hari 13 – 21 | Fasa luteal, telur tidak disenyawakan | Waktu tidak subur |
Jadual Waktu Subur & Tidak Subur Bagi Kitaran 35 Hari (Panjang)
| Hari Kitaran | Keadaan Tubuh | Status Kesuburan |
|---|---|---|
| Hari 1 – 7 | Haid dan fasa awal folikular | Waktu tidak subur |
| Hari 8 – 17 | Telur mula matang | Peluang hamil rendah (prasubur) |
| Hari 18 – 23 | Ovulasi (sekitar hari ke-21), lendir serviks jernih | Waktu subur selepas haid |
| Hari 24 – 35 | Fasa luteal, telur tidak disenyawakan | Waktu tidak subur |
Ringkasnya:
- Kitaran 21 hari: ovulasi lebih awal (hari ke-11).
- Kitaran 35 hari: ovulasi lebih lewat (hari ke-21).
- Waktu tidak subur selepas haid ada di awal kitaran (hari haid) dan selepas ovulasi hingga haid seterusnya.
Kalkulator Waktu Subur Selepas Haid

Nak lebih mudah?
Anda boleh gunakan kalkulator waktu subur selepas haid.
Hanya perlu masukkan:
- Tarikh pertama haid terakhir
- Panjang kitaran haid
Hasilnya akan tunjuk anggaran waktu subur dan waktu tidak subur.
Tapi ingat, kalkulator hanyalah rujukan.
Ia tidak semestinya tepat 100% kerana tubuh wanita boleh berubah disebabkan faktor stres, hormon atau kesihatan.
Info: Selain cara manual dengan mengira waktu subur, anda juga boleh gunakan kit ujian ovulasi seperti Clearblue untuk tahu fasa subur dengan lebih tepat dan praktikal. Boleh dapatkan kit ovulasi di sini.
Adakah 7 Hari Sebelum Haid Termasuk Waktu Subur?
Secara umumnya, 7 hari sebelum period bukanlah waktu subur wanita. Pada fasa ini, proses ovulasi sudah pun tamat dan badan sebenarnya sedang bersedia untuk mengeluarkan darah haid seterusnya. Jadi, julat masa ini dikira selamat atau masuk fasa tidak subur.
Namun begitu, berhati-hati jika kitaran anda jenis tak teratur. Kadang-kadang ovulasi boleh terlanjur lewat, sekali gus mengganggu anggaran fasa tidak subur ini.
Tanda Subur Selepas Haid
Selain mengira hari, anda boleh perhatikan perubahan fizikal badan untuk tahu waktu subur sudah bermula:
- Lendir serviks berubah: Lendir kelihatan jernih, agak licin dan memanjang bila ditarik (seakan-akan putih telur mentah).
- Suhu badan basal meningkat: Ada sedikit kenaikan pada suhu asas badan waktu bangun tidur.
- Perubahan tenaga dan keinginan: Badan rasa lebih bertenaga dan dorongan seksual biasanya meningkat secara semula jadi.
Bila tanda-tanda fizikal ini mula hilang, itu petanda utama yang anda sudah pun beralih masuk ke fasa tidak subur.
Waktu Tidak Subur Bolehkah Hamil?
Persoalan penting: waktu tidak subur bolehkah hamil?
Jawapannya: Ya, masih boleh, walaupun peluang sangat rendah.
Sperma boleh hidup dalam rahim wanita hingga 3-5 hari.
Jika ovulasi berlaku lebih awal dari biasa, ada kemungkinan kehamilan terjadi walaupun pada waktu yang dianggap “tidak subur”.
Sebab itu, kalau anda benar-benar mahu elakkan kehamilan, jangan hanya bergantung kepada kiraan waktu tidak subur selepas period.
Gunakan kaedah lain seperti kondom atau alat kontraseptif.
Kesimpulan
Secara ringkas, waktu tidak subur selepas haid berlaku pada dua fasa iaitu awal selepas period dan selepas ovulasi.
Walaupun peluang hamil sangat rendah dalam tempoh ini, masih ada risiko kecil.
Jadi, memahami waktu subur dan waktu tidak subur sangat penting untuk merancang atau menjarakkan kehamilan.
Kalau anda nak lebih tepat, gunakan kalkulator waktu subur selepas period atau pantau tanda subur badan anda setiap bulan.
Ingat, tubuh wanita unik dan tak semestinya ikut kiraan textbook.
Nak lebih faham tentang kesuburan dan kesihatan wanita?
Jangan lupa baca panduan penuh lain di laman sesawang kami.
Layari BukuPink.my untuk info lengkap tentang kesuburan, kehamilan dan penjagaan diri wanita.
9 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
- Periods and fertility in the menstrual cycle
- Rhythm method for natural family planning
- Can I Get Pregnant Right After My Period Ends?
- Calculating Your Monthly Fertility Window
- Can You Get Pregnant on Your Period?
- Right time for sex
- Tak Mengandung? 60% Salah Kira Hari Subur Selepas Period
- Waktu Subur
- Tanda Ovulasi dan Waktu Terbaik untuk Hamil
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.