Baru nak makan beberapa suap, ulu hati dah mula rasa terbakar, perut sebu, angin pulak naik sampai ke tekak. Bila malam datang, nak lelapkan mata pun memang seksa sebab serba tak kena dibuatnya.

Bila pedih perut makin menjadi-jadi, mesti ibu mula rasa serba salah nak telan ubat. Yelah, hati mana tak risau kan? Mesti terfikir, “Selamat ke ubat gastrik untuk ibu mengandung ni dekat baby dalam perut?” atau “Tak ada kesan sampingan ke nanti?”

Sebenarnya ibu hamil boleh makan ubat gastrik, asalkan tahu pilih jenis yang betul. Bukan semua ubat yang ada dekat farmasi sesuai untuk ibu tau. Ada yang selamat, ada juga yang kena elakkan terus!

Gastrik Ketika Hamil

Gastrik atau pedih ulu hati antara masalah yang cukup biasa bagi ramai ibu hamil, terutamanya bila masuk trimester kedua dan ketiga.

Walaupun masalah ini normal akibat perubahan hormon dan saiz rahim yang makin membesar, rasa pedih dan kembung perut tu tetap boleh buat ibu hilang selera makan dan susah nak tidur malam.

Kalau dulu boleh tahan pedas atau minum kopi, sekarang sikit-sikit rasa pedih ulu hati. Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa gastrik kerap menyerang ibu hamil:

1. Perubahan Hormon

Semasa hamil, badan ibu hasilkan lebih banyak hormon progesteron. Fungsi hormon ni adalah untuk longgarkan otot rahim supaya janin boleh membesar dengan selesa. Tapi, kesannya juga dirasai pada otot perut dan usus.

Bila otot jadi rileks, injap yang kawal aliran makanan antara perut dan kerongkong pun longgar.

Akibatnya, asid perut senang “tersembur” naik ke atas dan keadaan inilah yang buat perut rasa pedih.

2. Tekanan Dari Rahim Membesar

Bila usia kandungan makin meningkat, rahim juga semakin besar. Rahim ni akan menekan perut, seolah-olah “sumbat” ruang untuk makanan hadam dengan baik.

Bila perut penuh, asid lebih mudah naik ke kerongkong. Jadi tak pelik kalau ibu 6-9 bulan hamil lebih kerap rasa gastrik berbanding trimester awal kehamilan.

ubat gastrik untuk ibu mengandung
Apakah ubat gastrik selamat untuk ibu mengandung?

3. Corak Pemakanan & Mengidam

Mengidam ketika hamil memang tak boleh dielakkan. Ada ibu mengidam makanan pedas, bergoreng atau berasid.

Contohnya asam boi, jeruk atau sambal belacan. Walaupun sedap, makanan ibu hamil macam ni boleh “trigger” penghasilan asid yang banyak. Hasilnya perut jadi cepat pedih dan angin bertambah.

4. Tekanan & Stres

Kehamilan juga datang dengan emosi yang naik turun. Bila stres, hormon kortisol naik, dan ini boleh buat perut lebih sensitif kepada asid. Tak cukup tidur pula tambah lagi rasa pedih dan kembung.

5. Sistem Penghadaman Perlahan

Progesteron juga buat pergerakan usus jadi perlahan. Makanan ambil masa lebih lama untuk dihadam. Ini bukan sahaja sebabkan rasa perut penuh, malah angin pun mudah terkumpul.

Sebab tu ramai ibu rasa sendawa berlebihan atau “berangin” walaupun baru makan sedikit.

Jenis Ubat Gastrik Untuk Ibu Mengandung

Bila perut dah mula pedih, ingat ya tak semua ubat dekat farmasi tu ibu hamil boleh main telan sebab boleh beri kesan pada baby. Tapi jangan risau, masih ada beberapa pilihan ubat gastrik yang selamat diambil kalau ikut dos dan arahan doktor.

1. Antasid

Kalau tiba-tiba ulu hati rasa terbakar, ubat gastrik untuk ibu mengandung ni ibarat fire extinguisher yang cepat sangat padamkan api.

  • Gaviscon & Rennie: Cepat neutralkan asid dan bentuk lapisan pelindung.
  • Tums: Selain legakan perut, siap ada bonus kalsium untuk tulang ibu.
  • Maalox: Gabungan magnesium dan aluminium, tapi dos aluminium kena kawal.

Sesuai sangat kalau gastrik tu datang sekali-sekala.

2. H2 Blocker

Bila pedih ulu hati dah mula kerap berlaku, doktor mungkin beri H2 blocker macam Famotidine. Ubat ni bertindak macam pengawal pintu yang sekat perut daripada hasilkan asid banyak sangat. (Nota: Ranitidine dulu popular, tapi dah jarang guna atas faktor keselamatan).

3. Proton Pump Inhibitors / PPI

Ada ibu yang gastrik dia memang teruk sampai susah nak tidur dan makan. Waktu ni, doktor mungkin preskrip ubat gastrik untuk ibu mengandung macam Omeprazole, Lansoprazole atau Pantoprazole. Ubat ni ibarat suis ‘off’ yang tutup terus pam asid. Cumanya kena sabar sikit sebab ia ambil masa 1 hingga 3 hari untuk rasa kesan penuh.

4. Ubat Tambahan Ikut Simptom

  • Simethicone: Sangat membantu kalau perut rasa kembung, memulas dan asyik sendawa tak henti.
  • Sucralfate: Fungsi dia macam “plaster” yang balut dan lapisi dinding perut supaya tak terhakis kerana asid.

Apapun, senarai ubat gastrik untuk ibu mengandung ini sekadar panduan asas sahaja tau. Keadaan setiap ibu mengandung tak sama. Sebelum beli atau ambil mana-mana ubat, wajib dapatkan nasihat doktor atau farmasi terlebih dahulu.

ubat gastrik untuk ibu mengandung
Senarai ubat untuk ibu mengandung gastrik yang selamat.

Ubat Gastrik Angin Untuk Ibu Mengandung

Kalau masalah utama anda ialah rasa perut penuh dengan gas, sendawa atau kembung, jangan risau. Ada ubat gastrik angin untuk ibu mengandung yang boleh bantu, antaranya simethicone.

Ubat gastrik angin untuk ibu mengandung ini berfungsi pecahkan gas dalam perut, jadi angin lebih mudah keluar sama ada melalui sendawa atau kentut.

Kelebihan simethicone ialah ia tak diserap ke dalam darah, jadi memang selamat untuk ibu dan bayi. Ramai ibu rasa lega selepas ambil ubat ni, terutamanya bila masalah angin terlalu mengganggu waktu tidur.

Gaviscon Untuk Ibu Mengandung

Gaviscon memang pilihan popular ramai ibu hamil bila ulu hati mula rasa terbakar. Berbeza dengan antasid biasa, ia membentuk lapisan perlindungan (raft barrier) di atas cecair perut untuk halang asid naik ke tekak.

Kelebihannya, ia bertindak pantas dan tak diserap ke dalam aliran darah, jadi secara umumnya selamat untuk bayi. Kebanyakan doktor syorkan cecair Gaviscon Advance sebab kandungan natriumnya lebih rendah.

Namun, pastikan makan ikut dos pada pek atau arahan farmasi terutamanya jika anda ada masalah tekanan darah tinggi.

Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

Pedih ulu hati semasa mengandung memang antara cabaran yang buat ramai ibu rasa tak selesa. Rasa terbakar di dada, asid naik ke tekak dan kadang-kadang sampai susah nak tidur malam.

Jangan risau, ada banyak cara mudah yang boleh anda cuba untuk kurangkan masalah ni, sama ada dengan ubat atau secara semula jadi.

1. Makan Dalam Kuantiti Kecil Tapi Kerap

Perut ibu hamil mudah penuh sebab rahim makin membesar. Kalau makan terlalu banyak sekali gus, asid akan menolak naik ke atas. Jadi, cuba makan sedikit tapi kerap, contohnya 5 hingga 6 kali sehari dalam portion kecil.

2. Elakkan Makanan “Pencetus”

Makanan pedas, berminyak, masam, bergas atau berkafein biasanya jadi pencetus utama pedih ulu hati. Contohnya sambal, jeruk, minuman bergas dan kopi. Walaupun mengidam macam-macam, cuba kawal pengambilan supaya pedih ulu hati tak datang balik.

3. Jangan Baring Terus Lepas Makan

Ramai ibu ada tabiat baring sebaik saja lepas makan, terutama bila rasa penat. Tapi ini sebenarnya buat asid senang naik ke tekak. Cuba tunggu sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum berbaring atau tidur.

4. Tinggikan Kepala Semasa Tidur

Gunakan bantal tambahan untuk angkat bahagian kepala dan dada sedikit lebih tinggi daripada perut. Posisi ini boleh bantu halang asid naik ke tekak waktu tidur malam.

5. Minum Air Kosong atau Susu Suam

Bila pedih ulu hati datang tiba-tiba, cuba minum air kosong perlahan-lahan. Kalau suka, segelas susu suam pun boleh bantu neutralisasikan asid seketika. Ramai ibu kongsi tip ni berkesan terutama sebelum masuk tidur.

6. Pilih Pakaian Longgar

Baju atau seluar ketat di bahagian perut boleh tekan perut dan buat pedih ulu hati bertambah teruk. Pilih pakaian longgar dan selesa, sesuai untuk ibu hamil.

7. Kawal Berat Badan & Stres

Berat badan berlebihan boleh tingkatkan tekanan pada perut. Selain itu, stres dan kurang tidur juga boleh buat pedih ulu hati makin kerap. Cuba rehat secukupnya, buat aktiviti santai seperti berjalan perlahan atau senaman pernafasan.

Pengalaman Gastrik Ketika 13 Minggu Kehamilan

Menurut perkongsian seorang ibu, @aienmohamad, sepanjang kehamilan dua orang anak sebelum ni, dia tak pernah lalui pengalaman macam ni. Tapi masuk anak ketiga ni, lain macam betul dugaannya.

”Semalam saya kena gastrik teruk siap pakej cirit-birit sekali. Yang buat risau sangat, rasa sakit tu bukannya sengal-sengal biasa, tapi mengejang mencucuk macam contraction nak beranak! Cuma beza dia, sakit ni berkumpul dekat bahagian atas perut. Memang cuak sangat, yelah baru 13 minggu kan, mestilah risau kalau ada kesan apa-apa dekat baby.

Punyalah melayan sakit perut tu, semalaman saya langsung tak boleh lelap. Sampai ke siang pun masih rasa sakit dan tak boleh nak berehat langsung. Rasa betul-betul lembik dan tak ada tenaga dah.’

”Sebab dah tak tahan sangat, saya terus jumpa doktor untuk kepastian. Nasib baik selepas pemeriksaan, doktor sahkan ia cuma angin teruk (gastrik) dan bukannya contraction rahim. Doktor terus bekalkan ubat angin cecair cecair Gaviscon untuk kurangkan asid dan angin,” kongsinya.

Petua Kurangkan Gastrik Tanpa Ubat

Selain ubat gastrik untuk ibu mengandung, gaya hidup dan tabiat pemakanan juga sangat mempengaruhi tahap gastrik.

Beberapa tip berikut boleh bantu:

  • Makan Kerap, Tapi Porsi Kecil: Elakkan biar perut kosong terlalu lama atau makan sampai terlalui kenyang. Cuba makan sikit-sikit tapi kerap supaya perut sentiasa ada proses pencernaan untuk ‘ikat’ asid tu.
  • Pantang Makanan ‘Pencetus’: Buat sementara waktu, jauhkan dulu makanan yang pedas, berminyak, masam atau berempah ratus. Makanan macam ni memang cepat buat ulu hati rasa terbakar.
  • Amalkan Susu Segar atau Yogurt: Bila ulu hati mula rasa menyengat, cuba minum beberapa teguk susu segar sejuk atau makan sikit yogurt. Ia bertindak sebagai ‘pelapis’ sementara untuk menetralkan asid perut.
  • Tahan Diri Daripada Terus Baring: Memang menggoda nak terus lelap lepas makan, tapi tahan dulu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam. Ini penting supaya makanan sempat hadam dan asid tak naik ke tekak.
  • Tinggikan Bantal Waktu Tidur: Bila nak tidur, cuba guna bantal ekstra untuk tinggikan bahagian kepala dan dada. Bantuan graviti ni membantu halang asid daripada menolak naik ke tekak.

Langkah ini bukan saja mengurangkan gejala, tapi juga boleh kurangkan keperluan untuk ambil ubat gastrik selamat untuk ibu mengandung secara kerap.

ubat gastrik untuk ibu mengandung
Cara hilangkan pedih ulu hati semasa mengandung yang berkesan mengurangkan simptom ketidakselesaan.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Kalau gejala gastrik datang sekali-sekala, biasanya boleh dikawal dengan perubahan gaya hidup dan ubat gastrik untuk ibu mengandung yang ringan.

Tapi, anda wajib jumpa doktor jika:

  • Pendarahan berlaku (muntah berdarah atau najis hitam).
  • Berat badan turun mendadak.
  • Gastrik terlalu kerap hingga ganggu selera makan.
  • Rasa sakit melampau walaupun dah ambil ubat gastrik untuk ibu mengandung.

Doktor akan tentukan rawatan lanjut atau rujukan pakar gastroenterologi jika perlu.

Kesimpulan

Kesimpulannya, gastrik dan pedih ulu hati memang masalah biasa bila mengandung. Walaupun seksa, ibu tak perlu tahan sakit sebab banyak ubat yang selamat daripada jenis antasid sehinggalah pil kawalan asid.

Tapi ingat, syarat paling utama wajib minta nasihat doktor atau farmasi dulu sebelum telan apa-apa ubat demi keselamatan anak dalam kandungan. Sebolehnya, cuba petua semula jadi dulu macam jaga porsi makan dan cara tidur. Kalau tak berkesan, barulah ambil ubat gastrik untuk ibu mengandung.

Kongsikan artikel ini dengan ibu hamil lain supaya mereka pun tahu cara atasi gastrik dan pilihan ubat gastrik yang selamat.

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

7 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Indigestion and heartburn in pregnancy
  2. Pregnancy Gas
  3. Heartburn During Pregnancy
  4. Gastrointestinal Issues During Pregnancy
  5. Bloating And Gas During Pregnancy
  6. Gastrik Dan Hamil? Apa Perlu Ibu Lakukan
  7. Petua untuk Wanita Hamil dengan Refluks Asid

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.