Pernah tak ibu hamil rasa perut senak, sebu macam kembung sampai nak tidur malam pun serba tak kena? Masa mengandung ni, badan memang banyak ‘ragam’.
Mak buyung selalu confuse sama ada ini cuma angin biasa atau ada benda lain yang tak kena. Hakikatnya, hormon hamil memang membuatkan sistem penghadaman kita makin perlahan. Tapi jangan cepat panik dulu. Jom semak kenapa perut kerap masuk angin time pregnant dan apa langkah mudah yang bakal ibu boleh buat kat rumah untuk rasa lebih selesa.
Ini Sebab Perut Ibu Mengandung Kerap Masuk Angin
Sebenarnya ada beberapa sebab utama kenapa perut ibu hamil rasa tak selesa semasa mengandung:
- Kesan Hormon Progesteron: Bila pregnant, hormon ni melonjak naik. Kesannya? Otot usus jadi makin ‘malas’ dan lambat nak hadam makanan. Bila makanan terperangkap lama sangat dalam usus, itu yang membuatkan gas mula banyak terkumpul.
- Rahim Makin Membesar: Bab ni memang tak boleh nak elak. Bila baby makin membesar, rahim mula tekan perut dan bahagian usus. Akibatnya, penghadaman jadi tak lancar dan angin terperangkap.
- Diet Harian: Kadang-kadang perut masuk angin ni berpunca daripada tabiat makan kita juga. Kalau ibu hamil suka makan makanan berangin macam kubis, kacang atau minum minuman berkarbonat, lagi senang lah perut tu kena angin.
- Gaya Hidup Kurang Aktif: Faham sangat bila pregnant ni badan cepat lemau dan asyik nak baring. Tapi bila ibu kurang gerak, pergerakan usus pun ikut sama lambat.
Kalau anda perasan, tanda perut masuk angin ketika hamil boleh jadi ringan atau kadang-kadang agak mengganggu sampai rasa perut mencucuk.
Adakah Senak Perut Tanda Hamil?

Soalan ni ramai ibu tanya, “Senak perut tu tanda nak hamil ke, atau tanda PMS je?”
Jawapannya: senak perut saja bukan tanda sah hamil.
Tapi, ada sesetengah ibu memang mula perasan rasa perut senak, sebu, kembung sejak awal kehamilan trimester 1.
Itu disebabkan hormon progesteron meningkat awal-awal lagi, menyebabkan proses penghadaman jadi perlahan.
Bezanya dengan PMS:
- Kalau period, senak datang dengan senggugut dan pendarahan.
- Kalau hamil, senak tu datang bersama tanda lain macam cepat letih, loya, atau kerap buang air kecil.
Jadi, kalau anda alami senak perut yang berterusan dan period lewat, boleh cuba buat ujian kehamilan untuk lebih pasti.
Normal Ke Perut Kembung Masa Trimester 1?
Bila masuk trimester 1, gejala perut kembung ni memang antara ‘salam pengenalan’ paling biasa untuk bakal ibu. Kadang-kadang rasa macam makan banyak sangat walaupun baru jamah sikit. Gas yang berkumpul dalam usus buat perut rasa penuh dan senak je.
Antara tanda-tanda perut masuk angin ketika hamil trimester 1:
- Perut keras dan sebu semacam.
- Asyik nak sendawa atau kerap kentut.
- Mata dah mengantuk, tapi susah nak lelap sebab perut rasa ‘penuh’.
- Cepat rasa kenyang walaupun makan sedikit.
Selalunya bila dah masuk trimester kedua nanti, rasa senak ni akan mula surut beransur-ansur. Tapi tu lah, lain ibu lain badannya. Ada juga yang sering alami kembung perut ni sampai ke hujung kehamilan!
Tanda perut masuk angin ketika hamil #1. Perut rasa keras, sebu
Ibu mengandung kerap mengadu perut terasa keras walaupun baru makan sedikit.
Keadaan ini berlaku kerana gas terkumpul dalam usus, membuatkan perut berasa tegang dan tidak selesa.
Rasa sebu pula seakan-akan kekenyangan walaupun belum makan banyak.
Kadang-kadang rasa mencucuk atau pedih juga boleh datang sekali.
Ini tanda jelas usus bekerja lebih perlahan akibat pengaruh hormon progesteron yang meningkat semasa trimester pertama.
2. Asyik sendawa atau kentut
Kerap sendawa atau kentut berkali-kali sehari bukanlah perkara pelik ketika hamil awal.
Ini sebenarnya cara badan cuba melepaskan angin yang terkumpul dalam sistem pencernaan.
Walaupun kadang-kadang memalukan bila berlaku di tempat awam, namun ia adalah reaksi semula jadi badan untuk kurangkan rasa kembung.
Jika ibu kerap sendawa atau kentut, itu tanda gas memang berlebihan dalam usus.
Tanda perut masuk angin ketika hamil #3. Susah nak tidur

Ramai ibu trimester pertama rasa susah nak tidur nyenyak.
Salah satu sebabnya adalah perut yang terlalu penuh dan kembung.
Posisi baring membuatkan angin sukar bergerak keluar, jadi perut rasa semakin senak.
Akibatnya, ibu terpaksa banyak menukar posisi tidur atau bangun tengah malam kerana tidak selesa.
Jika berpanjangan, ia boleh menyebabkan tidur terganggu dan ibu mudah letih pada siang hari.
4. Cepat kenyang walaupun makan sedikit
Perut kembung juga buat ibu cepat kenyang walaupun makan dalam kuantiti kecil.
Gas yang terkumpul memberi rasa penuh lebih awal daripada sepatutnya.
Akhirnya, ibu rasa tak lalu nak makan, sedangkan keperluan nutrisi pada trimester awal sangat penting untuk perkembangan janin.
Kalau ini berlaku, cara terbaik adalah makan secara kerap tetapi dalam jumlah yang kecil serta elakkan makanan berangin seperti ubi, kubis dan minuman bergas.
Sering Kentut Saat Hamil Trimester 1
Jangan risau kalau anda perasan sering kentut saat hamil trimester 1.
Walaupun nampak memalukan, namun sebenarnya ia tanda badan tengah buang lebihan gas.
Punca kentut berlebihan semasa hamil:
- Sistem pencernaan jadi perlahan.
- Makan makanan berangin.
- Kurang minum air.
Tip: Cuba minum air suam dengan kerap, makan perlahan-lahan dan elakkan makanan macam ubi, kacang serta minuman bergas.
Sakit Perut Mencucuk Ketika Hamil Trimester 1
Kadang-kadang ibu bukan saja rasa kembung, tapi juga sakit perut mencucuk ketika hamil trimester 1.
Ada yang rasa macam angin tersumbat dalam perut, dan ada pula rasa macam nak period.
Biasanya sakit perut mencucuk ketika hamil trimester 1 ni datang sebab:
- Angin terkumpul dalam usus.
- Rahim sedang mengembang.
- Makanan tak hadam sempurna.
Kalau sakit tu terlalu kuat, berpanjangan, atau datang dengan pendarahan, sebaiknya jumpa doktor untuk pastikan bukan tanda masalah lain.
Pengalaman Gastrik Ketika Hamil
Selain angin, ramai juga ibu kongsi tentang pengalaman gastrik ketika hamil.
Gastrik boleh jadi lebih teruk masa mengandung sebab perut lebih sensitif.
Tanda gastrik semasa hamil:
- Rasa pedih ulu hati.
- Kerap sendawa.
- Perut sebu bila lambat makan.
Ramai doktor akan nasihatkan ibu makan dalam kuantiti kecil tapi kerap, minum susu atau ambil makanan lembut untuk kurangkan pedih perut.
Antara pengalaman gastrik yang dikongsikan ibu hamil di dalam media sosial Dr Zubaidi ialah:
“Salam doktor. Saya sekarang tengah mengandung 5 bulan. Hari ni saya kena gastrik teruk tak tahan sangat tarik tarik tu sakit. Jado boleh ke saya makan magnesium trisilicate ketika tengah mengandung? Adakah ia selamat untuk baby saya? Terima kasih.”
Ini jawapan yang dikongsikan:
“Waalaikummussalam.
Ubat gastrik (ubat kapur) yang mengandungi magnesium trisilicate tidak sesuai untuk wanita yang hamil, wanita yang menyusukan anak, warga emas berusia 60 tahun ke atas, pesakit buah pinggang, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah. Rujuk pada ahli farmasi atau doktor bertugas,” kata Dr Zubaidi dalam hantaran di Facebooknya.
Makanan yang Menyebabkan Angin Ketika Mengandung

Antara makanan yang mudah sebabkan tanda perut masuk angin ketika hamil adalah:
- Minuman bergas (air berkarbonat).
- Sayuran jenis kubis, brokoli, kubis bunga.
- Kacang tanah atau kacang soya.
- Ubi-ubian macam keledek.
- Makanan pedas dan berlemak.
Tip mudah: Catat makanan yang anda makan. Kalau lepas makan rasa kembung, cuba elakkan buat sementara waktu.
Untuk lebih jelas, jom tengok jadual ni:
Makanan Penyebab Angin vs Makanan Yang Bantu Kurangkan Angin
| Makanan Penyebab Angin | Makanan Yang Bantu Kurangkan Angin |
|---|---|
| Minuman bergas (air berkarbonat, soda) | Air suam, air halia, teh herba tanpa kafein |
| Sayuran berangin (kubis, brokoli, bunga kubis) | Sayur hijau lembut (bayam, sawi, kangkung) |
| Kacang (kacang tanah, kacang soya, kacang kuda) | Buah-buahan segar (pisang, betik, epal) |
| Ubi-ubian (keledek, ubi kayu, kentang berlebihan) | Bubur nasi, sup ayam, makanan lembut |
| Makanan pedas & berlemak | Yogurt rendah lemak, susu panas suam |
| Makanan bergoreng & segera | Oatmeal, bijirin penuh, roti bakar lembut |
Cara Hilangkan Pedih Perut Ketika Mengandung
Selain rasa kembung, pedih perut juga biasa menyerang ibu mengandung.
Jadi, bagaimana nak kurangkan pedih perut dan tanda perut masuk angin ketika hamil?
Ini cara hilangkan pedih perut ketika mengandung:
- Makan sedikit tapi kerap. Jangan biar perut kosong terlalu lama.
- Elak baring terus selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit.
- Minum air suam. Air sejuk atau bergas boleh buat keadaan makin teruk.
- Ambil makanan lembut. Bubur, sup atau buah yang mudah dihadam.
Air Halia Buang Angin Ibu Mengandung
Petua orang lama yang masih relevan: air halia buang angin ibu mengandung.
Halia ada sifat antikembung dan bantu buang angin dengan cepat.
Caranya:
- Hiris beberapa keping halia segar.
- Rebus dengan segelas air.
- Minum ketika suam.
Tapi, jangan ambil terlalu banyak sebab ada ibu yang perutnya sensitif dengan halia.
Urut Buang Angin Ketika Mengandung
Selain minum air halia, urut buang angin ketika mengandung juga boleh bantu.
Urutan lembut di perut, pinggang atau betis boleh bantu lancarkan peredaran darah dan keluarkan angin.
Tapi pastikan:
- Urutan dilakukan oleh bidan atau tukang urut berpengalaman.
- Elakkan urutan kuat pada perut terutama trimester awal.
Urut ni bukan saja buang angin, tapi juga boleh legakan badan dan kurangkan rasa lenguh.
Kesimpulan
Masalah perut berangin, senak atau kerap kentut memang perkara biasa bila mengandung. Kebanyakannya berpunca daripada perubahan hormon dan ruang perut yang makin sempit.
Walaupun rimas, situasi ni selalunya boleh diringankan dengan amalan mudah seperti kurangkan ambil makanan bergas, minum air halia suam atau buat urutan perlahan pada badan.
Bagaimanapun, jika angin dalam perut disertai kesakitan melampau, muntah berterusan atau pendarahan, jangan tunggu lagi dan terus jumpa doktor untuk pemeriksaan.
Setiap ibu ada pengalaman berbeza sepanjang kehamilan. Jika petua di atas membantu, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan lain yang tengah mengandung supaya mereka pun boleh lalui fasa kehamilan dengan lebih selesa!
8 Sumber Rujukan
Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.
- Pregnancy Gas
- Gas During Pregnancy: Tried-and-True Remedies for Pregnancy Gas
- How to Relieve Gas Pain When Pregnant Without Losing Your Dignity
- Indigestion and heartburn in pregnancy
- Gastrointestinal Issues During Pregnancy
- Feeling Gassy in Early Pregnancy? Here’s What’s Really Going On
- Ibu Hamil Pun Boleh Alami Angin & Sakit Badan!
- Trimester Ketiga Kehamilan: Jangkaan
Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.