Bila tekak mula gatal dan batuk tak berhenti, ibu yang sedang menyusu mesti serba salah. Nak makan ubat, takut bahan kimia meresap masuk dalam susu badan dan beri kesan dekat si manja. Semua ibu nak yang terbaik untuk anak tapi dalam masa sama badan sendiri dah tak larat.

Sebenarnya, ada ubat yang masih selamat untuk dimakan, sama ada dari klinik atau pilihan berasaskan herba. Jom fahami ubat batuk mana yang sesuai, sekali dengan petua semula jadi yang boleh ibu cuba kat rumah!

Jom baca.

Ibu Menyusu Boleh Ambil Ubat Batuk Tak?

Bolehkah ibu menyusu makan ubat batuk? Jawapan ringkasnya, boleh sahaja. Cuma ibu tak boleh sesuka hati main makan ubat yang ada dekat rumah. Memang betul, sesetengah bahan aktif dalam ubat boleh meresap masuk dalam susu badan dan terus sampai ke anak.

Bila pergi farmasi, ubat batuk biasanya dibahagikan mengikut jenis batuk yang ibu kena:

  • Batuk kering: Doktor selalunya beri jenis antitussive untuk bekukan atau redakan rasa gatal kat tekak.
  • Batuk berkahak: Ubat jenis expectorant atau mucolytic pula bantu cairkan kahak pekat supaya cepat keluar.

Cuma satu perkara penting! Elakkan ubat yang ada codeine atau sesetengah jenis antihistamin. Bahan ni selalu buat bayi tiba-tiba jadi tersangat ngantuk atau makin meragam tak tentu pasal. Sebaiknya, terus tanya doktor atau ahli farmasi sebelum beli ubat, supaya penyusuan tetap selamat.

Jenis Ubat Batuk Untuk Ibu Menyusu

Ibu menyusu boleh mengambil ubat batuk yang selamat yang dijual di farmasi.

Ada beberapa pilihan ubat batuk yang biasanya dianggap lebih selamat untuk ibu menyusu.

Antara yang kerap disyorkan termasuk:

  • Dextromethorphan. Biasanya ada dalam sirap batuk biasa, sesuai untuk redakan batuk kering.
  • Guaifenesin bantu cairkan kahak, sesuai kalau batuk berkahak.
  • Paracetamol. Bukan ubat batuk, tapi boleh ambil sekali kalau ada sakit tekak atau badan rasa lemah.

Namun, dos tetap penting.

Walaupun ubat-ubat ini dianggap lebih selamat, namun jangan ambil lebih daripada yang disyorkan.

Ingat, badan ibu menyusu lebih sensitif dan bayi juga masih kecil.

Ubat Batuk Herba Untuk Ibu Menyusu

Bila ibu pergi berjumpa doktor atau ahli farmasi, mereka selalunya akan beri ubat mempunyai kesan minimum pada susu badan. Jadi, ibu tak perlu bimbang sangat.

Selain ubat biasa, makin ramai ibu sekarang cenderung memilih suplemen herba moden sebab rasanya yang kurang ‘keras’ pada tekak. Antara yang biasa kita dengar:

  • Prospan: Ubat batuk berasaskan ekstrak daun ivy. Ramai ibu pilih yang ini sebab bahan utamanya agak semula jadi, tak buat mengantuk dan rasa dia tak terlalu kuat.
  • Hurix’s: Jenama herba tempatan yang memang sinonim dalam kalangan ibu-ibu. Ada pelbagai sirap herba khas untuk legakan batuk gatal, selesema dan sakit tekak.

Tapi perlu ingat ya, walaupun nama dia ubat herba, tak bermakna kita boleh minum sesuka hati. Pastikan ibu tetap semak label, patuhi dos yang disyorkan dan tanya ahli farmasi dulu kalau rasa ragu-ragu.

Berikut panduan ambil ubat untuk ibu menyusu yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Petua Ibu Menyusu Hilangkan Batuk

ubat batuk untuk ibu menyusu
Petua hilangkan batuk.

Selain ubat moden, ramai ibu lebih suka cuba cara semula jadi dulu.

Petua tradisional ni memang dah lama diamalkan, dan kebanyakannya selamat untuk ibu menyusu.

Antara petua hilangkan batuk untuk ibu menyusu yang boleh dicuba:

  1. Minum air suam banyak-banyak dapat bantu cairkan kahak dan elakkan tekak kering.
  2. Air madu & lemon. Madu ada sifat antibakteria, lemon pula kaya vitamin C untuk kuatkan imun.
  3. Halia rebus. Hiris halia, rebus dengan air panas, minum macam teh. Halia bantu kurangkan kahak dan legakan tekak.
  4. Kumur air garam suam. Cara mudah ini sangat membantu untuk redakan gatal tekak.
  5. Elakkan minuman sejuk & bergas sebab boleh buat batuk makin teruk.

Petua ni nampak simple, tapi kalau diamalkan secara konsisten memang boleh bantu pulihkan batuk dengan lebih cepat.

Pengalaman Real Ibu Menyusu Bila Dilanda Batuk

Bila masuk bab sakit tekak dan batuk waktu menyusukan anak, sebenarnya ramai ibu lalui dilema yang sama.

Dalam satu perkongsian di Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) di Facebook, seorang ibu meluahkan rasa bimbang untuk mengambil ubat batuk sebab masih menyusu badan. Rata-rata ibu lain tampil berkongsi pelbagai jawapan dan pengalaman peribadi:

  • Ikhtiar petua semula jadi: Ada yang lebih selesa mengamalkan petua tradisional macam minum air lemon bersama madu, air asam jawa, atau berkumur dengan ubat kumur Thymol untuk melegakan tekak gatal tanpa perlu makan ubat.
  • Guna ubat yang disyorkan doktor: Ramai juga yang menyarankan ubat berasaskan herba seperti Prospan sebab mesra ibu menyusu, atau memilih untuk terus berjumpa doktor bagi mendapatkan ubat khas dos rendah yang selamat untuk anak.
  • Masa pengambilan ubat: Ada ibu yang berkongsi trik makan ubat sejurus selepas selesai menyusu atau pam susu, supaya kepekatan ubat dalam badan sempat berkurangan sebelum sesi penyusuan seterusnya.

Pilihan Ubat Batuk Untuk Ibu Menyusu Yang Ada Di Farmasi

Ubat batuk Prospan untuk ibu menyusu

Prospan ni antara ubat yang kerap direkomen sebab guna bahan utama ekstrak daun ivy untuk bantu cairkan kahak pekat. Yang senangnya, ubat ni bebas gula, alkohol, dan pewarna tiruan, sebab tu ramai doktor tak teragak-agak nak cadangkan pada ibu menyusu.

Cuma ingat, walaupun berasaskan herba, ubat ni bukannya boleh minum ikut suka hati. Dos tetap kena jaga. Kalau dah ambil lebih dua minggu tapi batuk tak juga berkurang, elok terus jumpa doktor.

Dapatkan di sini.

Ubat batuk Hurix untuk ibu menyusu

Satu lagi jenama tempatan yang memang dah lama kita percaya. Hurix’s ada banyak variasi sirap herba bergantung pada masalah ibu, sama ada batuk kering, berkahak atau sekadar gatal tekak.

Formula herbanya biasanya lebih ‘ringan’ pada badan berbanding ubat berasaskan bahan kimia keras. Tapi tetap sama, jangan ambil berlebihan. Apa-apa yang diambil melampaui dos tetap ada risiko terserap pada anak.

Dapatkan ubat batuk Hurix di sini.

Kesimpulan

ubat batuk untuk ibu menyusu
Kesihatan ibu penting untuk memastikan penyusuan berjalan lancar.

Batuk ketika menyusu memang mencabar sebab nak jaga kesihatan diri, pada masa sama risaukan keselamatan bayi.

Hakikatnya, ada banyak pilihan ubat batuk untuk ibu menyusu yang selamat, termasuk jenis moden seperti Dextromethorphan dan Guaifenesin, serta pilihan herba seperti Prospan dan Hurix.

Selain itu, petua tradisional juga boleh bantu percepatkan pemulihan.

Apa yang penting, jangan sebarangan beli ubat tanpa nasihat doktor.

Kalau batuk terlalu lama, berdarah atau disertai demam tinggi, terus dapatkan rawatan doktor.

Ingat, ibu sihat barulah penyusuan berjalan lancar dan bayi pun dapat susu berkualiti.

Kalau anda seorang ibu menyusu yang sedang batuk dan masih ragu-ragu nak pilih ubat, jangan tunggu lama.

Rujuklah doktor atau ahli farmasi sebelum ambil sebarang ubat batuk.

Nak lagi bagus, cuba gabungkan ubat yang sesuai dengan petua semula jadi untuk cepat sembuh.

Kongsi juga artikel ini dengan kawan-kawan atau ahli keluarga lain supaya lebih ramai ibu tahu cara selamat jaga diri ketika menyusu!

Author

  • nazrah

    Nazrah Nazarudin ialah seorang penulis dan editor berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan digital dan penyuntingan. Pernah berkhidmat sebagai Editor Kanan di Hello Doktor selain pengalaman sebagai Penulis/ Editor di majalah Mamapapa dan Wartawan di surat khabar, Sinar Harian. Beliau mahir menyunting artikel perubatan, keibubapaan dan gaya hidup. Berkemahiran menyunting artikel untuk ketepatan fakta, gaya bahasa dan SEO, serta berpengalaman memimpin penulis dan merancang strategi kandungan.

6 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. MEDICINES IN BREASTFEEDING
  2. Cough and cold remedies and Breastfeeding
  3. Breastfeeding and medications: What's safe?
  4. Drugs and Lactation Database (LactMed®)
  5. Cold and Allergy Relief for Breastfeeding Moms
  6. Panduan ambil ubat ketika menyusu

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.