Pernah tak ibu dengar pasal pre-eklampsia? Ia selalunya jadi bila tekanan darah ibu hamil mendadak naik. Ramai ingat rasa pening atau letih tu biasa sebab mengandung, tapi bila ada protein dalam urin, itu petanda bahaya.

Organ dalaman macam buah pinggang atau hati pun boleh terjejas kalau dibiarkan. Sebab tu kalau muka atau kaki rasa bengkak luar biasa, pandangan kabur, atau sakit kepala tak hilang-hilang ketika mengandung, anda perlu dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Bagi kebanyakan ibu, mengetahui pre eclampsia maksud dan kesannya adalah langkah pertama yang paling penting untuk menjaga keselamatan diri serta bayi dalam kandungan.

Apa Itu Pre Eclampsia?

Pre eclampsia maksud yang perlu difahami ialah satu keadaan khusus ketika hamil di mana ibu mengalami tekanan darah tinggi mendadak yang disertai dengan kehadiran protein dalam air kencing.

Masalah ini mula dikesan selepas usia kandungan memasuki 20 minggu atau dalam sesetengah kes boleh berlaku sejurus selepas bersalin.

Dalam keadaan tubuh yang sihat, sistem pembuluh darah berfungsi secara elastik untuk mengalirkan darah ke seluruh badan. Namun bagi ibu yang mengalami komplikasi ini, salur darah menjadi sempit dan tegang.

Ia memaksa jantung mengepam darah dengan lebih keras, sekali gus menyebabkan bacaan tekanan darah meningkat melebihi tahap normal.

Kenapa Air Kencing Boleh Mengandungi Protein?

Apabila ibu menghadiri pemeriksaan rutin bulanan di klinik, jururawat pasti akan meminta sampel air kencing. Ramai ibu tertanya-tanya mengapa ujian ini perlu dilakukan setiap kali temujanji. Jawapannya berkait rapat dengan fungsi buah pinggang.

Buah pinggang berfungsi seperti penapis dalam badan yang menahan bahan berguna seperti protein daripada terlepas keluar. Walau bagaimanapun, tekanan darah yang terlalu tinggi merosakkan jaring penapis di dalam buah pinggang tersebut.

Apabila penapis ini rosak atau ‘bocor’, protein akan terlepas masuk ke dalam air kencing. Oleh sebab itu, gabungan bacaan tekanan darah tinggi dan ujian urin yang positif protein menjadi petanda jelas kehadiran masalah ini.

Punca Sebenar Yang Ibu Perlu Tahu

Masih ramai yang percaya bahawa komplikasi ini berlaku disebabkan ibu terlebih makan garam, terlalu stres, atau banyak berfikir. Walaupun pemakanan dan emosi memainkan peranan dalam kesihatan umum, punca utama masalah ini sebenarnya bermula daripada uri (plasenta).

1. Salur Darah Uri Yang Tidak Membesar

Pada peringkat awal kehamilan, salur darah baru akan terbentuk di dalam rahim untuk membekalkan darah, oksigen dan nutrien kepada uri. Bagi ibu yang mengalami masalah ini, salur darah tersebut tidak berkembang dengan sempurna dan kekal sempit.

2. Rembesan Bahan Kimia

Disebabkan uri tidak mendapat aliran darah yang cukup, ia berada dalam keadaan kurang oksigen. Sebagai tindak balas, uri merembeskan bahan kimia tertentu ke dalam saluran darah ibu.

3. Salur Darah Ibu Menjadi Tegang

Bahan kimia yang dikeluarkan oleh uri tadi bertindak balas dengan pembuluh darah di seluruh tubuh ibu, menyebabkannya mengecil dan tegang. Keadaan inilah yang akhirnya memicu kenaikan tekanan darah secara mendadak.

Siapa Yang Berisiko Mengalaminya?

Sesiapa sahaja yang hamil boleh berhadapan dengan risiko ini. Namun, terdapat beberapa kategori ibu yang mempunyai kebarangkalian lebih tinggi:

  • Ibu yang pertama kali hamil: Badan belum terbiasa dengan proses pembentukan uri dan perubahan hormon kehamilan.
  • Faktor umur: Ibu yang hamil pada usia bawah 20 tahun atau melebihi 35 tahun.
  • Kehamilan kembar: Mengandungkan bayi kembar memerlukan saiz uri yang lebih besar, sekali gus memberi bebanan tambahan kepada aliran darah.
  • Sejarah penyakit kronik: Mempunyai masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang, atau obesiti sebelum hamil.
  • Sejarah keluarga: Mempunyai ibu atau adik-beradik perempuan yang pernah mengalami masalah yang sama semasa hamil.
  • Jarak kehamilan: Jarak kehamilan yang terlalu rapat (kurang dari 2 tahun) atau terlalu jauh (melebihi 10 tahun).

Tanda Preeklampsia

Tanda pre-eklampsia kerap tidak disedari pada awal kehamilan. Tanda pertama yang doktor selalu nampak ialah bacaan darah tinggi (140/90mmHg ke atas) dan kehadiran protein dalam air kencing (petanda buah pinggang mula terjejas).

Sebab itulah perbincangan mengenai pre eclampsia maksud dan gejalanya kerap ditekankan oleh pakar perubatan. Apabila keadaan menjadi lebih serius, ibu mungkin akan mula merasakan beberapa tanda seperti:

  • Loya, muntah, atau badan melayang tanpa sebab.
  • Sakit kepala kuat yang tak hilang walaupun dah rehat atau makan ubat.
  • Bengkak pada muka, tangan, atau sekeliling mata (kalau bengkak kaki tu biasa, tapi kalau muka sembab tiba-tiba, kena berhati-hati).
  • Mata berpinar, kabur, atau nampak kilatan cahaya.
  • Sakit di bawah rusuk sebelah kanan (tanda fungsi hati mula terganggu).

Petua Hilangkan Darah Tinggi

Bila cerita pasal nak turunkan darah tinggi time hamil, ramai ibu cari petua semula jadi. Memang betul, gaya hidup sihat sangat membantu, tapi kena ingat tau, benda ni cuma langkah sokongan. Kalau doktor dah bekalkan ubat darah tinggi, please makan ikut dos yang ditetapkan.

Antara petua amalan harian yang ibu boleh cuba:

  • Jaga Makan: Kurangkan garam, kicap, dan makanan bergoreng. Banyakkan makan sayur hijau, buah-buahan segar, dan ikan yang kaya dengan Omega-3.
  • Minum Air Secukupnya: Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak sehari supaya aliran darah lancar dan badan tak terdehidrasi.
  • Rehat & Tidur Cukup: Bila badan terlalu penat, tekanan darah mudah naik. Cuba ambil power nap dalam 20-30 minit pada waktu tengah hari untuk kembalikan tenaga.
  • Bersenam Ringan: Tak perlu senaman ketika hamil yang berat. Cukup sekadar berjalan santai di luar rumah atau buat regangan yoga khas untuk ibu hamil.
  • Kawal Stres: Bila rasa penat atau tertekan, cuba tarik nafas dalam-dalam, amalkan zikir, atau dengar muzik yang menenangkan.

Ingat ya, petua ni untuk bantu stabilkan badan. Tapi kalau bacaan BP masih meningkat, terus ke klinik.

Pilihan Rawatan

Bila bercakap pasal rawatan pre-eklampsia, keputusannya banyak bergantung pada usia kandungan dan sejauh mana tahap keseriusannya. Matlamat utama doktor nak pastikan tekanan darah ibu terkawal dan elak komplikasi buruk pada bayi.

Berikut penerangan tentang pre eclampsia maksud dan rawatannya merangkumi:

  • Pemeriksaan Kerap: Anda kena rajin ke klinik atau hospital untuk periksa tekanan darah, buat ujian darah, dan tengok keadaan bayi menerusi ultrasound.
  • Ubat Tekanan Darah: Doktor akan beri ubat yang selamat untuk ibu hamil (seperti Labetalol) supaya tekanan darah kekal terkawal.
  • Suntikan Cegah Sawan: Jika keadaan makin berisiko, ubat Magnesium Sulfate akan dimasukkan melalui wayar drip (IV) untuk elakkan ibu diserang sawan.
  • Banyakkan Berehat: Kurangkan kerja berat. Ada kalanya ibu perlu dimasukkan ke wad supaya keadaan ibu dan bayi dapat dipantau sepanjang masa.
  • Proses Bersalin: Cara paling efektif untuk sembuhkan pre-eklampsia adalah dengan melahirkan bayi. Jika kandungan dah masuk 37 minggu atau keadaan makin bahaya, doktor akan cadangkan bersalin awal iaitu sama ada secara induce atau czer. Tapi kalau masih terlalu awal, doktor akan kawal dulu simptom supaya bayi ada masa untuk membesar dalam perut.
pre eclampsia maksud

Risiko Jika Tidak Dirawat

Sekiranya pre-eklampsia tidak dikawal atau dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mendatangkan bahaya yang sangat serius kepada ibu mahupun bayi.

Antara bahaya utama kalau tak dirawat dari awal:

  • Serangan Sawan: Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan ibu mengalami sawan dan pengsan, sekali gus menyekat bekalan oksigen kepada bayi secara tiba-tiba.
  • Kerosakan Organ: Boleh menjejaskan fungsi buah pinggang dan hati, hingga berisiko menyebabkan kegagalan organ atau pendarahan dalaman.
  • Uri Tertanggal: Uri terpisah daripada dinding rahim terlalu awal. Ini menyebabkan pendarahan teruk pada ibu dan bayi terputus bekalan oksigen, memerlukan pembedahan kecemasan dengan segera.
  • Pertumbuhan Bayi Terbantut: Kekurangan aliran darah ke uri menyebabkan bayi tidak mendapat nutrien secukupnya, lalu saiz dan berat bayi menjadi lebih kecil daripada sepatutnya.
  • Kelahiran Pramatang: Bayi terpaksa dilahirkan lebih awal demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. Bayi pramatang biasanya memerlukan penjagaan rapi di unit NICU kerana organ seperti paru-paru belum matang sepenuhnya.

Pengalaman Darah Tinggi Ketika Mengandung

Tiap wanita ada pengalaman mengandung yang berbeza. Menurut perkongsian seorang ibu, Zana, dia mendapat tahu dirinya mengalami tekanan darah tinggi bila kandungan dah 37 minggu.

“Pengalaman saya kena darah tinggi masa mengandung ni memang tak terfikir langsung. Masa hamil awal-awal dulu, bacaan BP elok je cantik. Tapi bila masuk minggu ke-37, tiba-tiba gerakan baby rasa berkurang.

Rasa tak sedap hati, malam tu saya terus pergi hospital. Bila doktor periksa, rupanya tekanan darah saya dah naik terlalu tinggi! Saya terus kena tahan wad dan kena makan ubat darah tinggi setiap hari, sampai lah selamat bersalin seminggu selepas tu.

Masa dibenarkan balik, doktor bekalkan ubat. Saya juga ada beli mesin untuk check tekanan darah sendiri di rumah. Tak perlu lah ulang-alik ke klinik waktu berpantang. Jururawat cuma telefon setiap hari untuk minta bacaan yang saya semak sendiri dari rumah.

Pengajaran yang saya belajar masa berpantang adalah jangan serabutkan fikiran, tenang-tenang sahaja, dan jaga makan. Masa perjumpaan semula dengan doktor selepas sebulan, alhamdulillah tekanan darah dah kembali normal dan doktor benarkan berhenti makan ubat,” kongsi ibu ini.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kepekaan terhadap pre eclampsia maksud dan tanda-tanda awalnya merupakan kunci utama dalam memastikan kehamilan berjalan dengan selamat.

Keadaan ini selalunya berlaku secara senyap, tapi impaknya pada keselamatan ibu dan bayi amat besar jika terlepas pandang.

Sebab itulah pentingnya untuk ibu-ibu berdisiplin hadir setiap temujanji pemeriksaan buku pink. Pengesanan awal di klinik adalah kunci utama untuk mengawal tekanan darah sebelum ia menjadi lebih parah.

Author

  • Siti Nur Zuraikha Yaacob

    Hi! I’m a digital content writer who specialises in motherhood, baby health, and family topics. I graduated with a Bachelor of Communication from UPM Serdang and started writing in 2015 as a part-time contributor for an entrepreneurship website.

    In 2018, I gained newsroom experience as a lifestyle intern journalist at Utusan Malaysia, and in 2019, I continued writing for theAsianparent Malaysia, focusing on parenting and maternal health content. As of August 2025, I write for bukupink.my, creating friendly, factual, and well-researched articles for Malaysian parents.

    My goal is simple: to share clear, reliable, and reader-friendly information that helps families make confident decisions.

8 Sumber Rujukan

Buku Pink hanya menggunakan sumber berkualiti tinggi untuk menyokong setiap fakta dalam artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui cara kami menyemak fakta dan memastikan kandungan tepat serta boleh dipercayai.

  1. Preeclampsia
  2. Pre-eclampsia
  3. Preeclampsia
  4. Pre-eclampsia
  5. Pre-eclampsia
  6. Hipertensi dalam Kehamilan
  7. Pre-Eclampsia : Amaran bahaya sebelum sawan ketika hamil
  8. Pra-Eklampsia Ancam Nyawa Ibu Hamil dan Kandungan

Buku Pink menyediakan maklumat umum untuk ibu dan bayi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional — sila rujuk doktor atau klinik kesihatan anda untuk keadaan tertentu.